Showing posts with label dakwah. Show all posts
Showing posts with label dakwah. Show all posts

Wednesday, April 16, 2014

Akidah dan imam dasar kehidupan seseorang muslim

Kebelakangan ini tingkah laku umat islam tanpa mengira kedudukan, menggambarkan kepada kita betapa lemahnya aqidah dan keimanan mereka. Banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini dan bertentangan demgan syariat islam berlaku dalam masyarakat islam. Masalah sosial semakin sukar untuk dibendung. Sebahagian daripada punca berlakunya gejala social ini, ada yang dirancang dan diprogramkan oleh golongan tertentu untuk sesuatu tujuan, termasuk mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan tanpa menghiraukan kesan buruk seperti konsert2 liar yang mengundang keruntuhan akhlak, kematian dan hiburan yang dipenuhi dengan maksiat dan dadah.

Konsert liar Future Music Festival Asia (FMFA), di Stadium Nasional Bukit Jalil


Ulama’ islam sepakat mengatakan bahawa aqidah adalah dasar yang paling utama untuk mengenal Allah dan menjadi pokok dalam ajaran islam. Rasulullah saw mendahulukan dan mengutamakan aspek akidah dalam mentarbiyah para sahabat bagi membentuk sikap dan watak tauhid  dalam kehidupan. Akidah dan nilai islam mendasari pemikiran dalam kerangka membina tamadun secara bersepadu dan seimbang antara jasmani dan rohani, antara kebendaan dan kemanusiaan.

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi” (Al-Baqarah; 177)

Amalan seseorang walau sebaik mana sekalipun hanya akan diterima oleh Allah swt jika ia beriman dan berpegang dengan akidah yang sebenar. Ini kerana amalan orang yang tidak beriman tidak akan mengambil kira aspek sah atau batal, halal atau haram, suruhan atau larangan. Mereka tidak mengharapkan pahala serta tidak takut seksaan hari kemudian. Mereka beramal dan bekerja bukan kerana untuk mendapat keredhaan Allah swt.

“Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari rebut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran” (Ibrahim; 18)


Tuesday, April 15, 2014

Kematian

“KITA HANYA MAKHLUK”

Firman Allah swt Surah Luqman ayat 34 yang bermaksud:

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat btentang hari kiamat. Dan Dial ah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat meliputi pengetahuanNya.

Kehidupan di dunia ini merupakan sesuatu yang bersifat sementara. Semua yang hidup pasti akan merasai kematian. Demikianlah juga manusia akan melalui fasa kematian dan bertemu dengan sang Penciptanya Yang Maha Kuasa. Apabila ajal seseorang telah tiba, tidak akan dapat diawalkan atau dilewatkan walaupun sesaat. Meskipun makhluk itu cuba sedaya upaya untuk lari daripadanya, ajal itu pasti akan menjemputnya walau di mana dia berada. Firman Allah swt dalam Surah An-Nisa’ ayat 78 yang bermaksud:

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kami (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.

Tiada siapa yang dapat menghalang malaikat maut dari menjalankan tugasnya yang telah diamanahkan. Ketahuilah bahawa saat menghadapi kematian adalah sesuatu yang amat menggerunkan. Rasa derita dan sakit lantaran sentapan dan tarikan nyawa dari seluruh urat tubuh menjadikannya cukup untuk memutuskan segala kelazatan dunia dan kerakusan hawa nafsu. Sebagaimana dimaklumi, kematian merupakan jambatan ke negeri akhirat. Ia menandakan berakhirnya kehidupan seseorang di dunia, beralih kea lam barzakh sebelum menuju kea lam akhirat. Kehidupan dunia yg sementara ini ibarat sebuah lading bagi kehidupan akhirat. Sekiranya ladang itu diairi dan disuburkan dengan amalan soleh, maka bergembiralah pemilik tersebut dengan balasan nikmat berupa syurga di akhirat nanti. Malangnya jika ia dipenuhkan dengan amalan buruk dan ingkar perintah Allah swt, maka pemiliknya akan merasa kecewa, takut dan amat menyesal di sana kerana kealpaannya di dunia.

Sudah menjadi lumrah sifat kita sebagai manusia amat mudah lupa dan tidak mengingati kematian. Apabila suatu musibah atau kematian menimpa seseorang, kita katakan yang mati itu orang lain. Apabila mayat ditanam di hadapan mata kita, kita nyatakan yang mati itu si pulan bukannya aku. Akibat dari sifat lalai dan leka dengan keasyikan dan kesenangan hidup, kita terlupa dan alpa bahawa kehidupan dunia ini hanyalah sementara. Ini telah diingatkan oleh Allah swt dalam Surah Al-Munafiqun ayat 9 yg bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-anak pinak kamu daripada mengingati Allah  (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yg rugi.

Sebagai umat islam kita hendaklah membuat persiapan awal sebelum datangnya ajal yang tidak diduga. Antaranya:

Pertama: sentiasa mengingatkan diri kepada kematian kerana ia dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam diri untuk terus berusaha menjadi hamba yang taat.

Kedua: mengawal dan mencegah diri dari mengikut dorongan hawa nafsu yang sentiasa mendorong kea rah maksiat dan dosa.

Ketiga: mempertingkatkan amal ibadah kepada Allah swt dengan niat yang tulus ikhlas kerana-Nya.

Keempat: sentiasa berusaha mendidih diri dan keluarga dengan bekalan taqwa.

Kelima: melazimi taubat dan istighfar di atas apa jua kesalahan yang dilakukan kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan tiba.

Keenam: mengambil iktibar dan pengajaran daripada kejadian-kejadian yang berlaku di sekililing kita saban hari. Firman Allah swt dalam Surah Al-Imran ayat 185 yang bermaksud:


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah Berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Al-Fatihah buat ibuku..
Sharifah binti Sulaiman
Semoga rohnya sentiasa dalam rahmatNya

Tuesday, October 8, 2013

Dakwah itu tanggungjawab semua

Salam.. beberapa hari yg lalu, saya menerima PM kat FB dari seorang mahasiswi UKM yg meminta saya mengulas tentang gejala sosial yg berlaku di dalam universiti, dan juga meminta saya untuk mengadakan beberapa aktiviti kerohanian utk membendung aktiviti kurang sihat ini… hmmm nampaknya saya perlu memberitahu yg bahawasanya saya bukan lg student UiTM, mungkin siswi tersebut menganggap sy masih lg presiden PMH.. untuk pengetahuan semua, saya telah meninggalkan alam kampus lebih setahun yg lalu, dan telah meninggalkan PMH hampir 2 tahun.. huh, agak lama tu, tapi PMH tetap di hati saya =)

Al-maklumlah, sy telah lama x update blog..hampir setahun.. mungkin dia ingat saya masih lg belajar.. sebenarnya banyak perkara pahit manis yg telah berlaku pada satu tahun kebelakangan ini.. insyaAllah jika ada masa sy akan ceritakan.. dan sekarang, saya sudah berada di alam pekerjaan..mungkin masa agak terbatas berbanding semasa belajar dahulu..

Walaubagaimanapun, saya berterima kasih atas keprihatinan siswi itu, yg begitu sensitif dgn masalah2 masyarakat khususnya di bumi kampus ini, yg mana kita juga merupakan sebahagian (bekas) dlm komuniti tersebut.


syabas saya ucapkan, harapnya lebih ramai lagi golongan yg lebih sensitif mengenai perkara ini.kita tdk mahu apabila kita berjumpa Allah kelak, Allah akn menyalahkn kita kerana tdk menyedarkn golongan yg telah terpesong ini.. firman Allah dlm surah al-a`raf, ayat 164-165, maksudnya; "Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “ Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat besar ? Mereka menjawab: `Agar kami mempunyai alasan (pelepas tangunggungjawab)  kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.`Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbutan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq.

Sebab itu sy amat setuju dgn cadangan siswi terbabit supaya mendesak pihak atasan utk menubuhkn satu akta utk menghalang aktiviti yg tdk bermoral ini drpd terus berleluasa.ini juga mrupakan satu bentuk dakwah, yg mana wajib ke atas mereka yg faham utk menyebarkn dakwah ini.kita tdk mahu bala Allah dtg kerana kealpaan kita menegur mereka..Umar Abdul Aziz berkata;" Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebah perbuatan orang-orang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedang mereka (orang ramai ) tidak mengingatkan , maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa."


Tetapi persoalannya,sejauh manakah kita dapat membuat semua itu? apa kekuatan kita? adakah kita terfikir bahawa orang2 atas akan dengar luahan org2 bawah ni? sebab itulah kalau ikutkn konsep berdakwah, kita kena buat mengikut kemampuan dan persekitaran kita. sabda nabi; :”Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tiada kuasa maka dengan lidahnya, apabila tidak kuasa dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” Selagi ada ruang, insyaAllah kita yg faham tentang dakwah ini kena mengambil peluang utk menyeru org lain kpd kebaikn, dan disamping itu kena juga mencegah kemungkaran yg berlaku. Maksud dlm surah ali-imran, ayat 104, ” Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.”

insyaAllah saya mewakili bekas siswa UiTM, mencadangkan (mungkin boleh diambil cakna oleh persatuan Islam di kampus) agar blh usulkan perkara ini samada melalui MPP dan juga Jabatan Islam (Di UiTM ada CITU) .Mereka boleh berbincang dgn wakil MPP,  exco kerohanian MPP ataupun wakil2 kolej (JPK), supaya bila kita berada dlm kelompok yg ramai, kita akan ada kekuatan utk mencegah kemungkaran yg semakin berleluasa ini.

Dulu semasa saya berada dlm pmh, saya telah lama sedar tentang masalah ini. Sebab itu PMH telah wujudkn skuad hisbah,ataupun lebih dikenali dengan Skuad Penyayang. (tapi saya tidak tahu status Skuad Penyayang sekarang, samada masih berjalan atau dihentikan oleh pentadbiran UiTM) dan pada masa itu, skuad Penyayang ini juga mendapat mehnah drpd pihak pntadbiran uitm, yg mana kelulusannya adalah daripada CITU saja, pihak hep belum ‘establish’ sepenuhnya. insyaAllah saya doakan agar Skuad ini dapat dihidupkan sepenuhnya, agar capaian dakwah menjadi lebih meluas.


Selain itu, marilah kita sama2 berdoa supaya suatu hari nanti akan berlaku perubahan dlm universiti ini. Kita kena ingat yg kita bukanlah golongan pemula tentang dakwah ini. Kita hanya menyambung mata rantai perjuangn drpd orang2 terdahulu, malahan sejak zaman nabi lagi gerakan dakwah ini berlaku. Erti kata lain, kita ini adalh penymbung kerja rasulullah, satu kerja yg amat mulia.sebab itulah jgn sesekali berputus asa bila berada di medan dakwah ini. Sesekali air mata mengalir kerana keletihan, jdkan ia pembakar semangat buat kita. Sahabat2 dulu berjuang dengan darah, kita masih lagi belum capai ke tahap itu. Allah akhbar…

Saturday, October 5, 2013

Jangan bersedih

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.



Bukan dicari-cari

Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.




Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.


sumber : buku 'jangan bersedih' , pengarang : dr aidh bin abdullah al-qarni

Wednesday, April 4, 2012

kewajipan berdakwah


Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan.

Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakan
amalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.


Berhubung dengan isu ini,
Imam Said bin Jubair berkata:
“Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?

Sebahagian umat Islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan dirinya
belum mengamalkan segala ilmu yang sudah diketahui. Mereka juga khuatir tidak dapat melaksanakan perkara yang diseru. Berhubung dengan ini, Imam al-Hasan berkata: “Siapakah antara kita yang telah melaksanakan segala yang
diserukannya? Syaitan amat menyukai jika manusia terpedaya dengan sikap ini sehingga akhirnya tidak ada sesiapa pun yang mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.”


Secara dasar, kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan betul. Hakikatnya, Islam mengakui tahap kemampuan setiap individu adalah berbeza. Justeru nabi bersabda: “Barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah clicegah dengan tangannya. Jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan kata-katanya dan jika tidak berdaya hendaklah dicegah dengan
hatinya dan mencegah dengan hati adalah tanda selemah-lemah iman.
” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Berhubung dengan mencegah kemungkaran, kadar minimum yang dituntut adalah mengingkarinya dengan hati. Di dalam kitab Dalil al-Falihin disebutkan: “Mencegah kemungkaran dengan hati bermaksud membencinya dengan hati disertai
dengan azam untuk mencegahnya dengan lisan ataupun perbuatan apabila dia mampu. Membenci maksiat dengan hati hukumnya adalah wajib ke atas setiap
individu dan sesiapa yang menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya.


Iman memerlukan bukti dan salah satu buktinya adalah membenci maksiat. Tanpanya, iman akan berkecai dalam hati seseorang. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi berhubung dengan perkara ini yang bermaksud:
“(Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi.”


Hati yang tidak membenci kemungkaran akan binasa. Sahabat nabi bernama Abdullah ibn Mas’ud pernah menegaskan: “Binasalah mereka yang tidak dapat membezakan yang makruf dan yang mungkar dengan hatinya.”

Secara dasar, pengabaian dalam melaksanakan amar makruf dan nahi
mungkar mengundang azab dan seksaan daripada Allah. Berhubung dengan ini, dalam surah al-Anfal ayat 25 Allah berfirman:

“Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja. Dan ketahuilah Allah maha keras seksaannya.”

Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang
berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang salih yang mengabaikan dakwah.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons