Showing posts with label akidah. Show all posts
Showing posts with label akidah. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Iman teras kehidupan muslim

Permasalahan iman merupakan permasalahan pokok dalam kehidupan seorang muslim, kerana iman merupakan penentu nasib seseorang di dunia atau di akhirat. Bahkan kebaikan dunia dan akhirat bersandarkan kepada iman yg sebenar. Dengan iman seseorang akan mendapat pahala yang besar dari Allah swt yang menjadi sebab seseorang itu masuk syurga dan selamat dari masuk neraka.

Iman bukanlah sekadar keyakinan di hati semata-mata. Ia juga bukan sekadar ucapan lisan. Tetapi iman yang hakiki (sebenarnya) ialah iman yang merangkumi keyakinan dalam hati, ucapan dengan lisan dan dizahirkan dengan amalan2 anggota. Ketiga2 ini mesti wujud dan saling berkaitan dengan erat antara satu sama lain.

Selain itu kita perlu ingat bahawa iman itu akan mengalami penurunan dan peningkatan. Iman akan sentiasa bertambah dan meningkat dengan sebab melakukan amalan ketaatan kepada Allah swt, setiap kali seseorang melakukan ketaatan maka bertambah dan meningkatlah imannia. Dan iman akan menurun dan berkurang dengan sebab kemaksiatan yang dilakukan, setiap kali melakukan maksiat akan berkurang dan menurunlah imannya sehingga ketahap kekufuran.

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”
 (Al-Anfal:2)

Sesungguhnya iman itu adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan manusia bagi mencapai keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu iman yang sebenar akan melahirkan kesan yang mendalam dalam kehidupan manusia...

Ya Allah, tetapkanlah imanku di atas jalan Mu…

Wednesday, April 16, 2014

Akidah dan imam dasar kehidupan seseorang muslim

Kebelakangan ini tingkah laku umat islam tanpa mengira kedudukan, menggambarkan kepada kita betapa lemahnya aqidah dan keimanan mereka. Banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini dan bertentangan demgan syariat islam berlaku dalam masyarakat islam. Masalah sosial semakin sukar untuk dibendung. Sebahagian daripada punca berlakunya gejala social ini, ada yang dirancang dan diprogramkan oleh golongan tertentu untuk sesuatu tujuan, termasuk mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan tanpa menghiraukan kesan buruk seperti konsert2 liar yang mengundang keruntuhan akhlak, kematian dan hiburan yang dipenuhi dengan maksiat dan dadah.

Konsert liar Future Music Festival Asia (FMFA), di Stadium Nasional Bukit Jalil


Ulama’ islam sepakat mengatakan bahawa aqidah adalah dasar yang paling utama untuk mengenal Allah dan menjadi pokok dalam ajaran islam. Rasulullah saw mendahulukan dan mengutamakan aspek akidah dalam mentarbiyah para sahabat bagi membentuk sikap dan watak tauhid  dalam kehidupan. Akidah dan nilai islam mendasari pemikiran dalam kerangka membina tamadun secara bersepadu dan seimbang antara jasmani dan rohani, antara kebendaan dan kemanusiaan.

“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan sekalian Nabi” (Al-Baqarah; 177)

Amalan seseorang walau sebaik mana sekalipun hanya akan diterima oleh Allah swt jika ia beriman dan berpegang dengan akidah yang sebenar. Ini kerana amalan orang yang tidak beriman tidak akan mengambil kira aspek sah atau batal, halal atau haram, suruhan atau larangan. Mereka tidak mengharapkan pahala serta tidak takut seksaan hari kemudian. Mereka beramal dan bekerja bukan kerana untuk mendapat keredhaan Allah swt.

“Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari rebut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran” (Ibrahim; 18)


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons