Sunday, May 17, 2015

karier

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih lagi berkesempatan untuk menghirup oksigen pada hari ini. Telah lama juga saya tidak mengupdate blog ini. Tiba-tiba datang balik semangat nak menulis ni. Sebenarnya banyak benda yang nak dikongsi ni, maklumlah lama sangat tak update kan.. insyaAllah jika berkesempatan saya post satu persatu. (jika masih ingat lah, hehe)..

Jadi untuk posting kali ini, mungkin saya akan menceritakan secara ringkas perjalanan hidup saya semenjak tahun lepas sampailah tahun ni. Banyak benda yang telah berlaku semenjak setahun ni, dan masa saya juga semakin limit dengan kesibukan kerja, dan kdg2 masa berlalu begitu pantas, seakan-akan baru saja berlalu peristiwa semalam..

Saya sekarang sudah tidak berkhidmat di Mardec Tapah. Bermula Januari 2015 saya sekarang bekerja di Lion Group, Banting sebagai QA Executive. Keputusan ini dibuat memandangkan isteri saya telah bersalin anak pertama kami pada Disember 2014, dan saya juga tidak bersanggupan lagi untuk tinggal berjauhan dengan isteri dan hanya bertemu setiap hujung minggu seperti sebelum ini. Selain itu, saya fikir inilah masa yang sesuai untuk tinggal sebumbung dan menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dengan sebaiknya, walaupun terasa amat sayang untuk meninggalkan kerjaya di Mardec meskipun gaji tdklah besar sangat, tapi saya selesa bekerja dengan company melayu ini.

Tambahan pula, sebolehnya saya tidak mahu tinggal bersama dengan mertua,sementelah dengan banyaknya barang rumah yg telah dibeli (termasuk hadiah perkahwinan) dan barang telah dibeli di rumah tapah (di tapah saya duduk di rumah company, jadi tak perlu bayar sewa).Jd banyak barang kami terdampar di rumah mertua di selayang, sehingga memakan ruang di bahangian tamu dan dapur. Jd dengan itu saya nekad untuk pindah dan mencari rumah sewa sendiri walaupun menyedari bahawa saya terpaksa membayar sewa tiap2 bulanan. Tapi demi anak isteri, saya sanggup lakukan jua. InsyaAllah Allah akan pintu rezekilain buat kami.

surat resign saya kepada Mardec Industrial Latex, Tapah
Nak dijadikan cerita, sebelum saya pergi interview untuk kerja saya sekarang, terlebih dahulu saya pergi interview di sebuah company kat Damansara, iaitu Pecca Leather Sdn Bhd, jwtn sebagai Training Executive. Alhamdulillah saya diterima kerja disitu dengan gaji yg tinggi jugak. Tapi jawatan yang ditawarkan ini tidak ada kena mengena dengan bidang pengajian saya dulu. jadi agak lama juga saya fikir untuk membuat keputusan ini. Akhirya, saya terima jawatan ini dan terus buat surat resign kat Mardec.

Walaupun kerja kat mardec lebih sudah setahun, rasa belum banyak lagi benda yang saya belum belajar. Kadang2 terasa berat hati nak tinggalkan Mardec, sayang nak tinggalkan rakan sekerja yang baik hati ni. lagipun pihak Mardec sendiri banyak menghantar saya pergi training di hotel2 ataupun di kilang2 mardec yang lain, dah banyak duit company habiskan untuk saya. Tapi saya telah jelaskan sebab2 itu kepada Factory Manager dan juga GM bahagian HR, harap2 mereka terima alasan saya.

Lion group dan Pecca Leather
Lebih kurang 2 minggu lepas tu, ketika saya telah membuka minda untuk belajar sesuatu yang baru di company yang baru nanti, tiba2 saya terima satu lagi interview. Mulanya taknak pergi, sebab kerja dah ada sekarang, cuma tunggu masa untuk register je. Tapi jawatan yg ditawarkan itu mcm sama dengan bidang pengajian saya. Setelah lama berbincang dengan isteri, akhirnya saya pergi interview itu. Pergi pun takde lah study sangat, just nak review je. Setelah pergi interview tersebut, terasa mcmberkenan pula dengan jwtn itu. Gaji yang ditawarkan sama dengan company Pecca Leather, tapi ada kelebihan faedah2 lain seperti perubatan, cuti tahunan dan lain2 lagi. Sementelah kena pulak dengan bidang pengajian saya. Akhirnya saya telah memilih company ini dan masih bekerja sampai sekarang.

Cuma kekurangannya pula, lokasi company ini terletak di Banting. Maka saya dan isteri bertungkus lumus mencari rumah sewa melalui mudah.my. Tapi tak semudah disangka, bukan senang nak cari rumah sewa dengan budget yang rendah ni. Akhirnya dapatlah juga sebuah rumah yang baru dibina terletak di Telok Panglima Garang. Tuan tanah telah membina 6 biji rumah seakan-akan rumah teres, dan membuka untuk disewa. harga takdelah murah sangat, tapi masih dlm budget yang ada. Akhirnya kami menyewa di rumah ini sampailah sekarang. Rumah kami ni kecil aje, ada 3 bilik 1 tandas. Sesuai untuk small family mcm kami ni. Setakat tinggal 3 beranak selesa juga la. Yang penting dapurnya luas dan memberi keselesaan untuk isteriku memasak tanpa tekanan, dan saya pun dapat makan dengan hepi dan terus memajukan perut. hehe.

Jarak antara tempat kerja dengan rumah saya lebih kurang 35-45 minit. Tapi mujurlah takde tol. Cuma pagi2 tu jalan agak slow sikit, tapi takdelah jem macam kat bandar2 besar tu. Sepanjang jalan tu banyak lori sebab itu pergerakan slow dan banyak jalan2 yang rosak dan berlubang. 

Sebab utama saya pilih rumah sewa di Telok Panglima Garang adalah lokasinya yang berada tengah2 antara Banting dan Shah Alam. Isteri saya masih belajar di Shah Alam, mengambil Diploma lepasan Ijazah untuk kursus Syariah di fakulti undang-undang UiTM Shah Alam. Tapi kelasnya pada hari Sabtu sahaja, dari jam 8 pagi hingga 7 malam. Jadi hari2 biasa isteri saya akan duduk dirumah untuk uruskan anak,dan hari sabtu dan ahad saya akan cuti dan akan bantu uruskan anak. Setakat ini, kami belum bercadang untuk hantar anak ke rumah pengasuh, walaupun isteri saya boleh aje nak bekerja untuk membantu kewangan keluarga. Bagi saya, untuk tempoh 6bulan hingga setahun biarlah ibu bapa sendiri yang jaga dulu. Walaupun gaji saya cukup2 makan je nak tanggung 3 beranak untuk hidup di negeri selangor ni, tapi Alhamdulillah setakat ni kami masih mampu untuk survive walaupun kos sara hidup telah melambung tinggi (GST bermula April 2015).

Yang paling utama, saya gembira kerana dapat tinggal dan membina kehidupan bersama keluarga tercinta.

Kerjaya saya sehingga sekarang (Mei 2015)
-Admin dan designer di Baitulmuslim.com (Jan 2103 - Mei 2013)
-Production Chemist di Evergreen Paint Sdn Bhd (Mei 2013 - Ogos 2013)
-Assistant Factory Manager di Mardec Industrial Latex [Bawah Mardec Bhd] (Sept 2013-Dis 2014)
-Quality Assurance Executive di Compact Energy Sdn Bhd [Bwh Lion Asiapac, Singapura] (Jan 2015- sekarang).

Alhamdulillah, setakat ini saya dimurahkan rezeki dalam bidang pekerjaan ini. Tapi kehidupan saya baru bermula, dan saya ada matlamat besar yang ingin dicapai pada masa akan datang. Mudah-mudahan segala keringat dan penat lelah saya ini akan diberkati oleh Allah dan dapat mencapai impian yang lebih besar, insyAllah.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons