Friday, May 9, 2014

Disiplin Terhadap Allah

Disiplin boleh difahamkan sebagai peraturan atau undang-undang, manakala kesungguhan adalah sebagai ketekunan dan ketaatan. Maksud ini pernah dibayangkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun" (Riwayat Al-Baihaqi)

Sejarah pernah membuktikan bahawa kejayaan junjungan Nabi kita Muhammad SAW dalam penyebaran Islam, kejayaan Saidina Abu Bakar memerangi orang-orang murtad dan orang-orang yang enggan membayar zakat, juga kejayaan khalifah-khalifah Umaiyah serta khalifah Abbasiah atau kegemilangan umat Islam kemudiannya disebabkan umat Islam ketika itu mempunyai disiplin dan kesungguhan dalam perjuangannya.



Pujangga Arab pernah menyebut, "Man Jadda Wajada" iaitu (Sesiapa yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh2 pasti berjaya). Pepatah melayu juga menyebut "genggam bara api biar sampai jadi arang".

Bagi umat Islam, disiplin dan kesungguhan yang paling tinggi sekali ialah terhadap Allah, kerana Allah punca dan matlamat segala-galanya. Untuk merealisasikan disiplin terhadap Allah mudah sahaja iaitu melakukan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg dilarang, yang merangkumi apa yang disebut sebagai 'Ibadah'.

Disiplin dikaitkan dengan tingkah laku dan kesungguhan yang hanya tertumpu kepada Allah Yang Maha Kuasa sahaja, tidak kerana mendapatkan upah, tidak kerana menunjuk-nunjukkan kepada orang lain dan tidak kerana mendapat pujian dari orang lain kerana ciri-ciri ini bercanggah dan menyimpang dari kehendak dan disiplin beribadah dalam Islam.

Bekerjalah kerana Allah =)

Monday, May 5, 2014

jemputan walimah

Cuti sekolah kian menjelma. Seperti biasa, gelombang jemputan walimah kembali mewarnai Events di facebook ku.

Sebagai penganalisis amatur, ini adalah ringkasan statistik mengenai jemputan walimah ini.

10 mei - 2 jemputan
24 mei - 1 jemputan
31 mei - 5 jemputan
2 jun - 1 jemputan
5 jun - 1 jemputan
7 jun - 1 jemputan
10 jun - 1 jemputan

Kelantan masih lagi menjuarai dengan 5 jemputan, diikuti Terengganu dengan 3 jemputan. manakala Selangor, N9, KL dan Sarawak masing2 dengan 1 jemputan.

Saya juga masih menunggu beberapa orang sahabat yg akan membuat pengumuman dalam masa terdekat ini. Semua data yg ada ini saya ambil melalui events di FB.



Barakallah kepada semua bakal pengantin. Saya doakan urusan kalian semua dipermudahkan. Maaf juga jika tidak dapat memenuhi undangan kerana terdapat kekangan yg tidak dapat dielakkan.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah" (Adz-Dzariyaat : 49)

p/s : masa cuti bulan 3 hari tu negeri Perak sangat produktif dan aktif, tapi untuk cuti kali ni tak terima lagi jemputan dari negeri perak :P

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons