Friday, October 18, 2013

Realiti kehidupan

Selama 2 minggu berada di kuantan begitu mengajar diri sy untuk mengenal erti kehidupan dan merupakan proses untuk mematangkan diri sy.. bnyk perkara baru yg sy belajar secara xformal  melalui pemerhatian dan pergaulan. Sesiapa shj boleh hanyut dibawa arus sungai Pahang jika xpandai menjaga diri dan mudah terikut2 dgn godaan dunia. Kehidupan di tgh2 bandar besar amat berbeza dgn kehidupan di bandar biasa. Realitinya, ramai golongn yg berhijrah ke bandar2 besar akan terjerumus ke lembah2 keseronokan dunia yg bersifat sementara ini. Bukan semua, tp sebilangan shj!

Seminggu yg pertama, sy melalui proses p’tarbiyahan diri bersama2 teman seperjuangn, menyusuri pantai balok dan tanjung api, smpailah ke pantai penor. Di sini kami membina kekuatan diri, sama2 menjalinkn hubungn ukhwah yg akan selamanya bersemadi di dalam jiwa kami. Kami blajar mendisiplinkan diri, memenuhkn dada kami dgn ilmu2 dan mengaplikasikn apa itu konsep perjuangn yg selama ini kami hanya blaja melalui teori. Pondok An-nur menjadi saksi segala keringat dan penat lelah yg kami kongsi bersama.

Sy kembali ke bandar metropolitan.. ternyata apa yg sy pelajari belum cukup utk menyuluh jalan kpd diri sendiri, apatah lg utk memberi petunjuk kpd prg lain.. cabaran di luar lebih hebat dan mencabar, ternyata apa yg sy katakan sebelum  ini meleset sama sekali. Kita mudah berdakwah melalui percakapn, ataupun memberi nsht tentang kehidupn dan mengadakn forum mengenai sesuatu perkara, tp hakikatnya ia bukan sesenang yg digambarkn apabila kita betul2 melalui perkara itu… banyak dlm sesuatu perkara, perbuatan mesti mendahului percakapan. Sbg contoh, kita hanya bnyk bercakap utk memboikot brgn yahudi, tp tdk mgaplikasiknnya. Akibatnya, brg yahudi semakin mndpt tmpat di pasaran kita. Knapa kita tdk mncari alternatif utk mnggantikn brg tersebut? Ia lebih berkesan drpd bercakap or mengadakn forum.

Berbalik kat bandar kuantan. Pd pukul 2 pg, sy bersama teman pergi meronda2 smbil menghirup udara pagi. Ternyata kemeriahn pd waktu pagi lebih hebat berbanding waktu lain. Mat-mat rempit akan berkumpul di explanade, manakala mat drift akan tunjukkn kehebtn kereta mereka di parking tepi masjid besar. Melayu, cina dan india semua berkumpul dan berborak pada satu meja di sebuah restoren.wah, Malaysia memang sebuah negara yg harmoni!



Sy dan teman terus berjalan2 dan pergi ke Teluk Cempedak… kelihatan di situ lebih ramai anak muda, walaupun jam telah menunjukkn pukul 3 pg..kat mana2 sy lihat pasangan yg dok berdua2an.. samaada kat bwh sinaran lampu neon, kat bawah cahaya bulan purnama di tepi pntai, dan diatas jmbtn yg sememangnya gelap gelita. Sy terfikir, andaikata diri sy menjadi macam ni, bagaimana perasaan orang tua kita kat rumah..mesti mereka sedih dan marah jika sy jd camtu…  tp dengan org tua kita boleh sembunyikan apa yg kita lakukan, bagaimana pula dgn Pencipta kita?

Sy kembali ke rumah keluarga angkat di Bukit Rangin… sy mghabiskn waktu sy selama 4 hari lg di situ sebelum balik ke kampung halaman. Alhamdulillah masih ramai lg umat islam yg betul2 mengamalkn ajaran islam dgn sbaiknya, termasuk keluarga angkat sy dan  juga jiran tetangganya. Di sini sy belajar mengenal apa itu kasih sayang, kedamaian, dan ketenangan hati. Tp sy agak terkilan kerana tdk sempat utk pergi memancing di sungai Pahang bersama abah angkat dan menantunya. InsyaAllah ada masa sy akan kembali.


p/s; ini sebuah cerita lama yg ditulis semula..kenangan bersama keluarga angkat di Kuantan

Tuesday, October 8, 2013

Dakwah itu tanggungjawab semua

Salam.. beberapa hari yg lalu, saya menerima PM kat FB dari seorang mahasiswi UKM yg meminta saya mengulas tentang gejala sosial yg berlaku di dalam universiti, dan juga meminta saya untuk mengadakan beberapa aktiviti kerohanian utk membendung aktiviti kurang sihat ini… hmmm nampaknya saya perlu memberitahu yg bahawasanya saya bukan lg student UiTM, mungkin siswi tersebut menganggap sy masih lg presiden PMH.. untuk pengetahuan semua, saya telah meninggalkan alam kampus lebih setahun yg lalu, dan telah meninggalkan PMH hampir 2 tahun.. huh, agak lama tu, tapi PMH tetap di hati saya =)

Al-maklumlah, sy telah lama x update blog..hampir setahun.. mungkin dia ingat saya masih lg belajar.. sebenarnya banyak perkara pahit manis yg telah berlaku pada satu tahun kebelakangan ini.. insyaAllah jika ada masa sy akan ceritakan.. dan sekarang, saya sudah berada di alam pekerjaan..mungkin masa agak terbatas berbanding semasa belajar dahulu..

Walaubagaimanapun, saya berterima kasih atas keprihatinan siswi itu, yg begitu sensitif dgn masalah2 masyarakat khususnya di bumi kampus ini, yg mana kita juga merupakan sebahagian (bekas) dlm komuniti tersebut.


syabas saya ucapkan, harapnya lebih ramai lagi golongan yg lebih sensitif mengenai perkara ini.kita tdk mahu apabila kita berjumpa Allah kelak, Allah akn menyalahkn kita kerana tdk menyedarkn golongan yg telah terpesong ini.. firman Allah dlm surah al-a`raf, ayat 164-165, maksudnya; "Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “ Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat besar ? Mereka menjawab: `Agar kami mempunyai alasan (pelepas tangunggungjawab)  kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.`Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbutan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim seksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq.

Sebab itu sy amat setuju dgn cadangan siswi terbabit supaya mendesak pihak atasan utk menubuhkn satu akta utk menghalang aktiviti yg tdk bermoral ini drpd terus berleluasa.ini juga mrupakan satu bentuk dakwah, yg mana wajib ke atas mereka yg faham utk menyebarkn dakwah ini.kita tdk mahu bala Allah dtg kerana kealpaan kita menegur mereka..Umar Abdul Aziz berkata;" Bahawa sesungguhnya Allah tidak mengazab orang ramai dengan sebah perbuatan orang-orang perseorangan. Tetapi kalau maksiat dilakukan terang-terangan sedang mereka (orang ramai ) tidak mengingatkan , maka keseluruhan kaum itu berhak mendapat seksa."


Tetapi persoalannya,sejauh manakah kita dapat membuat semua itu? apa kekuatan kita? adakah kita terfikir bahawa orang2 atas akan dengar luahan org2 bawah ni? sebab itulah kalau ikutkn konsep berdakwah, kita kena buat mengikut kemampuan dan persekitaran kita. sabda nabi; :”Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mengubah dengan tangannya, apabila tiada kuasa maka dengan lidahnya, apabila tidak kuasa dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” Selagi ada ruang, insyaAllah kita yg faham tentang dakwah ini kena mengambil peluang utk menyeru org lain kpd kebaikn, dan disamping itu kena juga mencegah kemungkaran yg berlaku. Maksud dlm surah ali-imran, ayat 104, ” Dan hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang beriman.”

insyaAllah saya mewakili bekas siswa UiTM, mencadangkan (mungkin boleh diambil cakna oleh persatuan Islam di kampus) agar blh usulkan perkara ini samada melalui MPP dan juga Jabatan Islam (Di UiTM ada CITU) .Mereka boleh berbincang dgn wakil MPP,  exco kerohanian MPP ataupun wakil2 kolej (JPK), supaya bila kita berada dlm kelompok yg ramai, kita akan ada kekuatan utk mencegah kemungkaran yg semakin berleluasa ini.

Dulu semasa saya berada dlm pmh, saya telah lama sedar tentang masalah ini. Sebab itu PMH telah wujudkn skuad hisbah,ataupun lebih dikenali dengan Skuad Penyayang. (tapi saya tidak tahu status Skuad Penyayang sekarang, samada masih berjalan atau dihentikan oleh pentadbiran UiTM) dan pada masa itu, skuad Penyayang ini juga mendapat mehnah drpd pihak pntadbiran uitm, yg mana kelulusannya adalah daripada CITU saja, pihak hep belum ‘establish’ sepenuhnya. insyaAllah saya doakan agar Skuad ini dapat dihidupkan sepenuhnya, agar capaian dakwah menjadi lebih meluas.


Selain itu, marilah kita sama2 berdoa supaya suatu hari nanti akan berlaku perubahan dlm universiti ini. Kita kena ingat yg kita bukanlah golongan pemula tentang dakwah ini. Kita hanya menyambung mata rantai perjuangn drpd orang2 terdahulu, malahan sejak zaman nabi lagi gerakan dakwah ini berlaku. Erti kata lain, kita ini adalh penymbung kerja rasulullah, satu kerja yg amat mulia.sebab itulah jgn sesekali berputus asa bila berada di medan dakwah ini. Sesekali air mata mengalir kerana keletihan, jdkan ia pembakar semangat buat kita. Sahabat2 dulu berjuang dengan darah, kita masih lagi belum capai ke tahap itu. Allah akhbar…

Monday, October 7, 2013

MLM

MLM ( Multi Level Marketing @ Meniaga Larut Malam ) begitu meluas sekarang ini. Kat mana2 kita pergi pun, mesti ada yg bercakap pasal MLM ini. Dah bermacam2 produk yg kita dengar, dan bermacam2 cara yg digunakan oleh pihak syarikat untuk melariskan produk. Salah satu caranya adalah melalui MLM. Tp ada juga MLM yg tdk berasaskan produk. Contohnya MLM melalui online, ataupun sms. Begitulah perkembangan perniagaan sekarang ni, masing2 tdk melepaskan peluang untuk menjadi jutawan segera. Tp adakah kita perasan apakah kesan akibat penularan perniagaan MLM ini? Sy tdk mahu bercerita tentang kesan ekonomi, jenis produk yg diniaga, ataupun teknik yg digunakan itu betul ataupun salah. Tp apa yg mahu dikongsi ialah mengenai sikap segelintir masyarakat kita yg begitu taksub kepada MLM ini.

Beberapa hari yg lalu, sy telah pulang ke kampung dan pergi menebas di tanah pusaka peninggalan arwah atuk. Pd waktu tengahari, sy pergi ke sebuah warung untuk melepaskan lelah. Kemudian terdengar perbualan yg dimulakan oleh 2 org penduduk kampung, berumur sekitar awal 50-an. Mula2 perbualan mereka biasa sahaja, tetapi apabila salah seorg drpdnya menyebut mengenai MLM, seorg lg dah mula melatah. Nampaknya dia xsenang dgn MLM yg diperkenalkn oleh kawannya itu. Yang si A bercerita tentang syarikat MLM yg baru dimasukinya, manakala si B membantah apa yg dikatakan oleh si A dan mengatakan syarikat MLMnya yg lebih bagus.

Perdebatan mereka lebih rancak apabila ada beberapa org penduduk kampung yg turut serta,ramai yg menyokong si A, tetapi sikit je yg menyokong si B. tp si B mempunyai suara yg lebih kuat dan lantang,dan si B lah yg bnyk menguasai perdebatan itu. Suasana yg riuh rendah itu turut menarik perhatian penduduk yg lalu lalang, dan ramai yg berkumpul utk menyaksikan perdebatan secara percuma itu. Ibarat menyaksikan persembahan sarkis, dgn sorakan dan hilaian drpd penonton. Bg sy, perkara ini amat memalukan, lebih2 lg ia melibatkan golongan yg dah berusia, dan berbahas pula mengenai benda yg hubbul dunia.

Inilah realiti yg berlaku dalam masyarakat kita. Sy percaya, perkara seperti ini bnyk berlaku di mana2 tempat pun. Disebabkan terlalu asyik kejarkan harta dunia ini, mereka sudah tdk menghiraukan tentang adab dan batasan dalam islam. Dimanakah nilai murni kita sebagai umat islam dan bangsa melayu, kenapa perlu berbalah untuk menegakkan hak masing2. Tp yg untungnya adalah syarikat MLM terbabit. Org yg berbahas td hanya mendpt penat dan menbazirkan air liur shj.

Bg sy tak salah utk menerangkan sesuatu perkara,tp biarlah secara berhikmah. Kita perlu sampaikan apa yg hendak dikata itu mengikut kesesuaian. Sbg contoh, kalau kita lihat perkembangn MLM ini, golongn yg bnyk menguasainya adalah golongn muda, terutamanya pelajar2 di IPTA/S. Macamana mereka mendekati client mereka, mereka tdk sesekali  brcakap dgn kasar, natijahnya client mereka itu akan lari. Sebaliknya mereka akan terima kritikan dgn hati yg terbuka, itulah kunci kejayaan. Yg plg penting, jgn sesekali membiarkan nafsu menguasai akal kita.


Sy tdk nafikan, perkembangan MLM ini bnyk membantu golongan yg berpendapatan rendah. Jikalau dahulu, ramai anak2 kampung yg hidup mengganggur, tp sekarang keadaan ini sudah berubah. Anak2 kecil juga dapat bersekolah seperti anak2 yg hidup kat bandar. Antara faktor yg menyumbang kpd perubahan ini adalah melalui perniagaan. Tp kita terlepas pandang mengenai sikap, adab, moral dan akhlak dalam islam. Sepatutnya perkembangn perniagaan ini perlu seiring dgn nilai2 murni itu td, barulah kita akan dapat kenikmatan hidup dlm keadaan masyarakat harmoni yg kita idam2kan selama ini.

Saturday, October 5, 2013

Jangan bersedih

Jangan Bersedih Wahai Sahabatku

“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..”
(Surah At-taubah, ayat 40)

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api motivasi, membunuh semangat dan membekukan jiwa. Dan kesedihan itu ibarat demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tak berdaya. Mengapa berlaku sedemikian? Kerana kesedihan hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Rahsia untuk menghidari itu semua adalah dengan menanamkan prinsip bahawa kesedihan adalah sesuatu yang boleh ditangani, bukan sesuatu yang tidak boleh dikawal hingga kita harus menyerah kepadanya. Kesedihan juga sama sekali tidak mendatangkan manfaat bagi hati, bahkan ia merupakan sesuatu yang amat disenangi syaitan. Oleh itu, syaitan selalu berusaha agar seseorang hamba itu bersedih utk menghentikan setiap aktiviti dan niat baiknya.



Bukan dicari-cari

Kesedihan itu bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari kesedihan. Baginda selalu berdoa seperti berikut : “Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”; maksudnya: “ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”

Kesedihan boleh mengotori kehidupan dan juga merupakan suntikan beracun yang berbisa bagi jiwa yg membolehkan mengakibatkan kelesuan, keluhan, dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yg menggelapkan hati dan akan membuat keseluruhan keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik berubah menjadi buruk dan kehidupan yang menggembirakan menjadi mati kerana kesedihan pada akhirnya akan menumbuhkan sifat pesimis dan penyesalan. Namun begitu, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan ia pasti akan dilalui oleh seseorang. Oleh itu, disebutkan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata ; “..alhamdulillahhillazi azhab annal hazan..” ( Surah Fathir, ayat 34 ) “segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita kami..” Ini menunjukkan bahawa mereka semua pernah mengalami kesedihan ketika hidup di dunia dulu.




Kesedihan Mendatangkan Pahala

Berbagai musibah lain juga turut menimpa mereka tanpa ada pilihan bagi mereka untuk menlak atau menerimanya. Apabila kesedihan itu datang, tidak ada kemampuan bagi jiwa untuk menghindarnya, maka kesedihan itu justeru akan mendatangkan pahala. Ini kerana kesedihan merupakan sebahagian daripada musibah atau cubaan. Oleh itu, ketika seorang hamba ditimpa kesedihan hendaklah ia sentiasa cuba melawannnya dengan doa dan cara-cara lain yang dapat mengusir kesedihan tersebut.


sumber : buku 'jangan bersedih' , pengarang : dr aidh bin abdullah al-qarni

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons