Friday, October 18, 2013

Realiti kehidupan

Selama 2 minggu berada di kuantan begitu mengajar diri sy untuk mengenal erti kehidupan dan merupakan proses untuk mematangkan diri sy.. bnyk perkara baru yg sy belajar secara xformal  melalui pemerhatian dan pergaulan. Sesiapa shj boleh hanyut dibawa arus sungai Pahang jika xpandai menjaga diri dan mudah terikut2 dgn godaan dunia. Kehidupan di tgh2 bandar besar amat berbeza dgn kehidupan di bandar biasa. Realitinya, ramai golongn yg berhijrah ke bandar2 besar akan terjerumus ke lembah2 keseronokan dunia yg bersifat sementara ini. Bukan semua, tp sebilangan shj!

Seminggu yg pertama, sy melalui proses p’tarbiyahan diri bersama2 teman seperjuangn, menyusuri pantai balok dan tanjung api, smpailah ke pantai penor. Di sini kami membina kekuatan diri, sama2 menjalinkn hubungn ukhwah yg akan selamanya bersemadi di dalam jiwa kami. Kami blajar mendisiplinkan diri, memenuhkn dada kami dgn ilmu2 dan mengaplikasikn apa itu konsep perjuangn yg selama ini kami hanya blaja melalui teori. Pondok An-nur menjadi saksi segala keringat dan penat lelah yg kami kongsi bersama.

Sy kembali ke bandar metropolitan.. ternyata apa yg sy pelajari belum cukup utk menyuluh jalan kpd diri sendiri, apatah lg utk memberi petunjuk kpd prg lain.. cabaran di luar lebih hebat dan mencabar, ternyata apa yg sy katakan sebelum  ini meleset sama sekali. Kita mudah berdakwah melalui percakapn, ataupun memberi nsht tentang kehidupn dan mengadakn forum mengenai sesuatu perkara, tp hakikatnya ia bukan sesenang yg digambarkn apabila kita betul2 melalui perkara itu… banyak dlm sesuatu perkara, perbuatan mesti mendahului percakapan. Sbg contoh, kita hanya bnyk bercakap utk memboikot brgn yahudi, tp tdk mgaplikasiknnya. Akibatnya, brg yahudi semakin mndpt tmpat di pasaran kita. Knapa kita tdk mncari alternatif utk mnggantikn brg tersebut? Ia lebih berkesan drpd bercakap or mengadakn forum.

Berbalik kat bandar kuantan. Pd pukul 2 pg, sy bersama teman pergi meronda2 smbil menghirup udara pagi. Ternyata kemeriahn pd waktu pagi lebih hebat berbanding waktu lain. Mat-mat rempit akan berkumpul di explanade, manakala mat drift akan tunjukkn kehebtn kereta mereka di parking tepi masjid besar. Melayu, cina dan india semua berkumpul dan berborak pada satu meja di sebuah restoren.wah, Malaysia memang sebuah negara yg harmoni!



Sy dan teman terus berjalan2 dan pergi ke Teluk Cempedak… kelihatan di situ lebih ramai anak muda, walaupun jam telah menunjukkn pukul 3 pg..kat mana2 sy lihat pasangan yg dok berdua2an.. samaada kat bwh sinaran lampu neon, kat bawah cahaya bulan purnama di tepi pntai, dan diatas jmbtn yg sememangnya gelap gelita. Sy terfikir, andaikata diri sy menjadi macam ni, bagaimana perasaan orang tua kita kat rumah..mesti mereka sedih dan marah jika sy jd camtu…  tp dengan org tua kita boleh sembunyikan apa yg kita lakukan, bagaimana pula dgn Pencipta kita?

Sy kembali ke rumah keluarga angkat di Bukit Rangin… sy mghabiskn waktu sy selama 4 hari lg di situ sebelum balik ke kampung halaman. Alhamdulillah masih ramai lg umat islam yg betul2 mengamalkn ajaran islam dgn sbaiknya, termasuk keluarga angkat sy dan  juga jiran tetangganya. Di sini sy belajar mengenal apa itu kasih sayang, kedamaian, dan ketenangan hati. Tp sy agak terkilan kerana tdk sempat utk pergi memancing di sungai Pahang bersama abah angkat dan menantunya. InsyaAllah ada masa sy akan kembali.


p/s; ini sebuah cerita lama yg ditulis semula..kenangan bersama keluarga angkat di Kuantan

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons