Wednesday, September 28, 2011

Berita Rural Homestay di akhbar

Bertitik tolak daripada usaha untuk memantapkan sahsiah penuntut, meninggikan martabat ilmu, memupuk semangat muhibah dan ukhuwah serta memahami isu-isu global dalam dan luar negara, maka Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menganjurkan satu program di bawah Vice Chanselor Special Program (VCSP) iaitu Muslim Rural Homestay Programme.

Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) diamanahkan untuk mengendalikan program ini kerana ia lebih fokus kepada umat Islam di negara China dan bagi tujuan tersebut, CITU membentuk satu jawatankuasa bagi menjayakan program ini. Pemilihan negara China sebagai fokus program ini dilihat amat bersesuaian dengan potensi negara tersebut sebagai suatu kuasa ekonomi pada masa akan datang.

Seramai 24 penuntut terlibat dengan program yang mengambil masa dua minggu itu. Selama itu juga, penuntut telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing.

Menurut pengarah program, Mohd Syamril Aklmar, dengan adanya keluarga angkat bukan sahaja membantu pergerakan mereka seharian di Weinan, malah sedikit sebanyak membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran mereka berkomunikasi dalam bahasa Mandarin.

Program keluarga angkat ini juga menurut Syamril, memberi pendedahan kepada peserta akan cara kehidupan seharian keluarga masyarakat Wienan. Bermula dengan membantu keluarga membuat penyediaan sarapan pagi sehinggalah turut membantu mereka melakukan kerja seharian, pengalaman sebegini pasti akan dimanfaatkan sebaiknya oleh penuntut setelah pulang ke Malaysia nanti.

“Dalam meninjau corak kehidupan dan budaya masyarakat Islam di negara China, kami perhatikan mereka sangat menghargai tetamu, saudara, dan kenalan terutamanya yang beragama Islam. Sifat saling memberi dan membantu keluarga angkat dan masyarakat yang berniaga di sekitar gerai keluarga angkat begitu mengagumkan.

Tidak ada rasa persaingan, hasad dengki, dan sebagainya dalam kehidupan berniaga di Weinan. Sehingga boleh dikatakan gerai di kiri kanan ibarat gerai sendiri tanpa ada rasa wujudnya persaingan ‘gerai siapa yang paling laku’. Bantu-membantu dan sokong-menyokong membuatkan perniagaan mereka berterusan meraih keuntungan dalam kesederhanaan,” kata Syamril.


Aktiviti di Weinan dan Xi’an

Program Rural Homestay dimulakan dengan majlis perasmian yang diadakan di bilik kuliah Masjid Weinan. Ruang bilik kuliah tersebut dipenuhi penuntut serta beberapa penduduk tempatan yang turut serta memeriahkan majlis.

Setiap hari seawal jam enam pagi, aktiviti peserta dimulakan dengan senaman taici peserta berhimpun di hadapan pekarangan Masjid Weinan menuju ke tempat senaman tersebut. Dikatakan sepanjang perjalanan ke tempat senaman tersebut, kelihatan di sekitar daerah Weinan penduduknya melakukan pelbagai jenis senaman pagi, tidak kira di tepi jalan, pekarangan kedai mahupun restoran. Bagi masyarakat di sini, senaman merupakan satu kemestian sebelum memulakan pekerjaan hari itu.

Antara aktiviti lain yang turut dimuatkan di dalam program ini ialah gotong-royong membersihkan sekitar Masjid Weinan. Peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memastikan setiap sudut dan ruang di masjid tersebut dapat dibersihkan seperti ruang mandi lelaki dan wanita, tempat wuduk, tandas, ruang solat, bilik serba guna, ruang dapur dan sebagainya.

“Kami juga turut menghias bilik serba guna tersebut dengan belon-belon yang berwarna-warni, malah turut mengecat dinding masjid bagi menceriakan semula keadaan masjid tersebut,” katanya.


Malam kebudayaan, aktiviti lawatan

Down to Earth dan Islamic night diadakan pada 24 Jun iaitu pada hari Jumaat. Aktiviti ini berlangsung dari jam satu petang hingga sembilan malam. Aktiviti ini melibatkan kesemua peserta Rural Homestay dan disertai penduduk kampung Muslim di Weinan dan juga Xian. Bagi golongan lelaki, pada jam satu petang, mereka menunaikan solat Jumaat secara berjemaah.

“Ketika malam kebudayaan tersebut, kami mempersembahkan pelbagai bentuk kebudayaan Malaysia seperti teater dan tarian. Walaupun melakukan persembahan dalam Bahasa Melayu, penduduk yang hadir tetap terhibur dengan persembahan kami. Malah mereka turut menyampaikan persembahan mereka. Dari situ, bukan sahaja memperkenalkan budaya kita kepada mereka, malah turut mempelajari budaya mereka,” katanya.

Tidak ketinggalan sepanjang berada di Weinan, peserta turut membuat lawatan di beberapa tempat terkemuka di Weinan dan Xi’an seperti ke Universiti Weinan, School of Martial Arts Xi’an, Muzium Sejarah Shanxi, Muzium Tentera Terracotta dan tidak melepaskan peluang mendaki Gunung Huashan. Lawatan ini dapat memberi banyak input kepada peserta kerana dari situ mereka dapat mengenali kedua-dua daerah ini secara lebih mendalam.

"Secara keseluruhannya, program ini amat berjaya bagi kami kerana setiap proses, tindakan atau perlaksanaan yang dilakukan bersama keluarga angkat memberi banyak pendedahan dan pengalaman berguna kepada kami.

"Hubungan yang amat baik antara anak dan keluarga angkat juga merupakan antara kesan yang telah dicapai bagi mengukuhkan lagi hubungan sesama Islam," kata Syamril.

copy from; Sinar Harian

Monday, September 26, 2011

pemain viola

dengarlah keasyikan pemuda dari Wei Nan city ini bermain viola (tp bukan viola sebenarnya, aku xtau apa nama alat ini)..

walaupun aku bukan org seni, tp dari gayanya aku dapat merasakan muziknya 'hidup'...

Wednesday, September 21, 2011

SMART GENERATION CAMP

SMART GENERATION CAMP ke-4 kembali lagi... jgn ketinggalan bersama2 kami utk menikmati satu program yg begitu hebat.. terbuka kepada 70 peserta sahaja..35 siswa, dan 35 siswi.. ayuh daftar sekarang...

sila hubungi Qamarul naim 019-2159585
dan aniza 019-4324326

Tuesday, September 20, 2011

Program PMH utk semester ini

sila print poster ini dan tampal di bilik masing2.. dan tolong alert dengan terikh yg tertera... jom sama2 sokong program PMH

Monday, September 19, 2011

Montaj Pimpinan PMH

PIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA HADHARI, Universiti Teknologi Mara Shah Alam, sesi 2011/2012



credit to Anuar Nordin

Sunday, September 18, 2011

ziarah raya PMH

assalamualaikum...
pada 16 September 2011, kami warga PMH telah mengunjungi ustaz Januri, iaitu penasihat PMH. tujuan kami adalah untuk beraya di rumahnya... thanks skali lagi kepada Anuar nordin yg skali lg sudi menjadi cameraman kami...

Saturday, September 17, 2011

video ziarah kelate

ni sebahagian video ketika program ziarah sahabat2 di Kelantan tempoh hari..
rumah pertama, rumah safar, then rumah Badrul..pastu pergi kenduri kahwin Tarmizi dan Amelian, lps tu ke rumah Zahrah.. semuanya di Pasir Mas...

thanks to pembikin filem.. iaitu saudara Anuar Nordin..diimport khas dari Selangor..

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons