Thursday, April 10, 2014

kembali bersua...



Assalamualaikum.. Alhamdulillah,bersua kembali setelah lama saya tdk berkesempatan untuk update blog ni.. sudah bersawang, last update pada tahun lepas..sebenarnya inilah yg saya takuti ketika mana hendak membuat blog ini dulu. sebelum ini saya dah ada blog lain, blog SATU HATI.. tapi hanya dapat bertahan selama 2 tahun, kemudian saya delete terus sebab masa tu bertekad xnak menceburi bidang blog ini lg.. tp setelah beberapa bulan kemudian, tiba2 rasa mahu menulis semula.. pada masa tu dah fikir tentang komitmen untuk update blog ni, dan akan cuba berusaha untuk mengupdatenya jugak, tetapi akhirnya tertewas lagi..

 Sebenarnya banyak perkara yang dah berlaku sepanjang saya menyepikan diri ini.. tetapi saya masih aktif di FB dan twitter.. cuma di dunia blogging ni je tak dapat nak istiqamah... insyaAllah pada entry ini saya akan menceritakan serba ringkas tentang kehidupan yg saya lalui sepanjang setahun ini.. untuk tahu detail, doakan agar saya diberi kesempatan untuk menceritakan di lain entry... hmm

 UNIVERSITY 

 Secara officialnya, saya telah grade dari Universiti Teknologi MARA pada Disember 2012, dan majlis convocation pada Mei 2013 (tapi saya tidak hadir pun). Mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia (Analisis Forensik). Alhamdulillah, dapat jua tamatkan belajar walaupun menghadapi cabaran yg berliku, dengan result yg tidaklah seberapa bagus, tp saya bersyukur dengan rezeki yg dapat itu. Saya suka dengan kursus yg saya ambil ini, cuma subjectnya yg agak susah kadang2 membuatkan airmata ini menitis juga. Banyak halangan sebenarnya, tapi sebenarnya diri kita sendiri yg perlu kawal. jaga masa dengan sebaiknya. jangan study last minit. dan sebagainya.. walau apapun, kenangan menjadi pelajar UiTM di Shah Alam merupakan sebuah kenangan terindah yg tak mungkin dapat saya lupakan..

 KERJAYA 

 Tamat saja belajar (last presentation untuk Latihan Industri) pada Disember 2012. Saya sempat menganggur selama satu minggu. Ketika itu memang fikir nak berehat, sebab 3 bulan menjalani latihan industri (A & A Laboratory - UiTM) begitu memenatkan. bayangkan, sy kerja di Lab Environment, sebulan kena pi site untuk ambil sample, samada sample water, air quality, noise dan sebagainya. Dan 2 bulan lagi berada di bahagian lab. cukup meletihkan buat rutin kerja yg sama setiap hari. selepas itu sy bertekad tdk mahu kerja di bahagian Lab, sebab saya bukan jenis org yg suka buat benda sama untuk jangka masa panjang.

 1. Designer di Baitulmuslim.com 

Pertemuan secara tdk sengaja dengan seorang Pemuda Pas Shah Alam (Abang Mat Rodi) ketika bermain futsal di seksyen 16, shah alam. ketika itu dia sedang mencari dikalangan pemuda untuk menjadi menteenya dan mengendalikan urusan bisnesnya (www.baitulmuslim.com). Secara asasnya, dia mencari seseorang yg terer bab komputer, samada boleh buat design atau yg boleh maintain/develop website. memang semua ciri2 tu saya tidak ada, tetapi kesudian abg mat rodi utk training saya yg ketika itu tiada asas langsung dlm bidang komputer ni.

Nak dijadikan cerita, bermula 1 Januari 2013 saya start kerja dengan dia. Mula2 sekali dia ajar saya guna Adobe photoshop dan Adobe Illustrator. Setiap hari saya kerumahnya untuk belajar design. Lepas tu dia bagi kat saya komputer dan tablet untuk memudahkan urusan saya. selalu je bagi homework (kadang2 agak stress untuk siapkan asignment yg diberi tuh). Satu lagi, setiap minggu saya perlu habiskan membaca satu buku, dan dia akan memberi pelbagai buku untuk saya samada dalam versi melayu atau english. Then, saya kena siapkan point untuk pembacaan saya. Sebagai galakan, saya akan dapat elaun RM 100 jika dapat menghabiskan bacaan.

Sebenarnya, saya adalah org pertama yg dia ambil bekerja. Selama ini, dia run bisnesnya secara berseorangan, kadang2 dibantu oleh zaujahnya. saya juga diserap masuk ke lajnah tarbiyah dewan pemuda pas shah alam, dibawah kendalian abg mat rodi. bisnesnya alhamdulillah bertambah maju, selepas buat design saya kena jaga dan maintain website pula. banyak yg saya belajar, dan saya juga sempat taarufkan beberapa org pasangan yg mencari jodoh melalui website ini.

dari segi gajinya pula walaupun basic rendah, tp elaun sy saya dapat tiap2 bulan mencecah rm 3K..kerja pula based on task, not based on time.maknaya masa saya flexible. saya boleh kerja pada bila2 masa yg saya suka.samada malam, pagi, weekend... tapi jodoh saya dengan baitulmuslim.com tidak lama, selama 5 bulan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menukar arus, walaupun abg mat rodi masih 'sayang' kat saya dan mahu menaikkan gaji jika saya kekal..

2. Production Chemist di Evergreen Paints Sdn Bhd

setelah 5 bulan bersama bautulmuslim.com, akhirnya pada 12 Mei, iaitu selepas PRU12, saya mengambil keputusan untuk tukar kerja. bukan kerana tidak suka dengan kerja baitulmuslim, tetapi saya mahu try ke arah bidang yg related dengan pengajian saya. Saya juga mahu menguji kemampuan diri saya dengan bidang yg saya blaja di kampus, adakah saya boleh survive ataupun tidak dalam bidang kimia ni.

maka saya telah diterima bekerja di Evergreen Paints, sebuah kilang pembuat cat yg terletak di Subang Perdana. Kilang ini kepunyaan Mr.Tan, menghasilkan produk cat untuk kereta, rumah, thinner, clear coat dan ED paint untuk Toyota dan Nissan. Kerja harian saya, kena scedule dan pastikan produk dapat disiapkan dalam masa yg ditetapkan, dan pastikan juga qualiti produk tu. satu tugas yg agak susah sebenarnya. kat sini kena banyak hafal kod, tu yg buat saya lemah tu. tp bos saya tu baik orgnya, dia banyak ajar saya cara2 untuk uruskan production.

kat kilang ni kebanyakkannya cina. pekerja melayu ada 4-5 org, kerja kat bahagian lab dan purchase, serta driver lori. bahagian admin dan sales pulak semua chinese. pekerja2 kilang pula semua dari Nepal dan Bangla. Kat bawah jagaan saya, perlu jaga 6 org Nepal dan 2 Bangla. tapi diorg sebenarnya dah terer, sebab dah kerja 3-10 tahun. diorg boleh buat formula sendiri lagi untuk mendapatkan kaler yg dikehendaki pelanggang.

Tapi saya tak lama kat sini. 3 bulan saja. antara penyebab saya tukar kerja adalah gaji, dan jugak banyak anjing kat kilang ni.. takut woiii...

3. Junior Assistant Factory Manager at MARDEC BERHAD

Saya mencuba nasib lagi pergi interview. alhadulillah, tak expect pun nak dapat. alhamdulillah Allah bagi rezeki lagi. Sebabnya kilang mardec xde kat lembah klang, saya perlu bersedia untuk berhijrah ke tempat lain.

2 minggu kat HQ di Ampang untuk training, kemudian satu bulan lagi training di kilang SMR Kuala Berang. Lepas tu satu bulan di SMR Mentakab. Satu bulan lagi di SMR Bota, dan satu bulan di MIL Tapah.

MARDEC ni kilang memproses getah. di kilang SMR,getah sekerap yg dihantar oleh wakil getah akan diproses menjadi Bales, kemudian akan dihantar ke kilang pembuatan tayar. antara pembeli getah mardec ialah Michelin, Kumho, Continental, dan banyak lagi. Manakala kilang MIL pula akan memproses susu getah utk dijadikan latex concentration yg kemudiannya akan dihantar ke kilang memproses glove, rubber sheet, barangan hospital dan sebagainya.

semasa assessment dengan pihak pengurusan, saya telah memilih utk bekerja di kilang MIL Tapah. pada mukanya mereka mahu menghantar saya ke SMR Kuala Berang, kerana permintaan RAGM utk saya berkhidmat di sana. tapi setelah saya merayu dan mengatakan saya mahu berkahwin dalam masa terdekat, dan bakal isteri saya dari KL, akhirnya mereka mempertimbangkan alasan saya. dan sampai sekarang saya sedang bekerja di MIL Tapah, sehingga tahun 2016.

Di MIL Tapah, saya ditugaskan untuk menjaga kualiti latex concentration, lab, effluent, management, finance dan purchasing (kena concentrate kat ladang di Kedah). nampak banyak kerja, tapi saya monitor je. staf2 yg incharge semua dah berpengalaman. Ketika saat saya menulis ini, saya masih sedang bekerja di MIL Tapah...

SUKA DUKA

1. Memori yang tidak dapat saya lupakan pada 2013 ialah kematian umi yg tersayang, iaitu Puan Sharifah Sulaiman. tarikh 26 Ogos 2013, jam 10.30 malam di Wad Rajawali, Hospital Kuala Krai, takkan saya lupakan sampai bila2. Umi meninggal kerana sakit jantung.

"Ja, tolong umi ambil wudhu, nak solat maghrib". saya hanya terdiam, tak mampu untuk bercakap kerana terlalu sebak melihat keadaan umi yg terlantar di katil wad. Kemudian saya memberikan air kepada umi, yg dihisap menggunakan straw.

Lepas tu abah datang, saya pun meninggalkan abah dan umi untuk solat maghrib. selesai je bagi salam solat maghrib, abah menelefon dan menyuruh segera masuk ke dalam wad.

dengan berlari saya menujun ke wad, sampai je di katil umi saya melihat beberapa orang doktor sedang berusaha keras di katil umi. saya tak sampai hati melihat doktor melakukan cpr dengan begitu kasar. pada masa itu, saya sudah bersedia dengan kemungkinan yg berlaku. dah setahun lebih umi sakit, jika ini pengakhirannya, saya terimanya dengan penuh keredhaan.

dalam pukul 10.30 malam, doktor menyuruh sya memanggil abah. abah pada masa itu berada di luar, saya di tepi katil umi. doktor memberitahu keadaan umi sudah 30/70, doktor menyuruh kami berada dengan umi untuk membaca yasin dan mengucap. doktor meninggalkan kami bersama umi. pada masa itu umi sudah tidak sedarkan diri. kami tetap juga bercakap, kami yakin umi dengar..

*maaf tak dapat nak teruskan cerita, airmata saya mengalir laju ketika ini. insyaAllah jika ada masa saya akan sambung cerita ini... Alfatihah untuk arwah umi, sharifah binti sulaiman. 30 Jun 1958 - 26 Ogos 2013.

2. Alhamdulillah, tarikh 8 Mac 2014, saya telah selamat diijabkabul dengan seorang muslimat dari Selayang. Dia juga merupakan pelajar UiTM Shah Alam, mengambil jurusan undang2. Khairunnadiah binti Rosli, merupakan permata yg berada di hati saya sekarang. Bersyukur pada Allah kerana telah mengurniakan seorang isteri yg solehah, penyejuk mata, dan tempat untuk aku mencurahkan kasih sayang.

Pada masa sekarang, kami terpaksa berjauhan dahulu, kerana saya sedang bekerja di Tapah, manakala nadiah masih belajar di Shah Alam. Perjumpaan kami pada setiap hujung minggu.

Moga2 dengan kurniaan ini, Allah SWT akan terus menguatkan iman untuk aku dan isteriku terus berjuang dalam jalan yg kami pilih ini. Ya Allah, berilah hidayahMu kepada kami. Tunjukanlah kami ke jalan yg benar. Moga2 semangatku akan bertambah semula dengan kehadiran permaisuri hatiku. Ya Allah, berilah aku perasaan cinta dan kasih sayang kepadaMu tidak melebihi makhlukMu yang lain...

Sekian. 10 April 2014

3 comments:

Ina Abdullah said...

Moga dipermudahkan urusan kalian sahabat =)

Siti Hajar Zainal said...

al Fatihah utk arwah. T_T

apapun thniah amzar. smga Allah mberi byk rahmat n kbrkatanNya.

amen. He knows best. :)

Akmar Ramli said...

Assalam amzar...sangat simpati atas pemergian ummi amzar.. moga ummi di tempatkan dalam golongan orang2 yang solehah..aminn.. Alhamdulillah, sekarang amzar sudah ada isteri... :) moga kekal hingga ke jannah.. kak akmar doakan yang baik2 buat amzar dan isteri..aminn..

jom ke blog kak akmar pula.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons