“KITA HANYA MAKHLUK”
Firman Allah swt Surah Luqman ayat 34 yang bermaksud:
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat btentang
hari kiamat. Dan Dial ah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan
sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan
tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok
(sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi
negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat meliputi
pengetahuanNya.
Kehidupan di dunia ini merupakan sesuatu yang bersifat
sementara. Semua yang hidup pasti akan merasai kematian. Demikianlah juga
manusia akan melalui fasa kematian dan bertemu dengan sang Penciptanya Yang
Maha Kuasa. Apabila ajal seseorang telah tiba, tidak akan dapat diawalkan atau
dilewatkan walaupun sesaat. Meskipun makhluk itu cuba sedaya upaya untuk lari
daripadanya, ajal itu pasti akan menjemputnya walau di mana dia berada. Firman
Allah swt dalam Surah An-Nisa’ ayat 78 yang bermaksud:
Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kami (bila
sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi
kukuh.
Tiada siapa yang dapat menghalang malaikat maut dari
menjalankan tugasnya yang telah diamanahkan. Ketahuilah bahawa saat menghadapi
kematian adalah sesuatu yang amat menggerunkan. Rasa derita dan sakit lantaran
sentapan dan tarikan nyawa dari seluruh urat tubuh menjadikannya cukup untuk
memutuskan segala kelazatan dunia dan kerakusan hawa nafsu. Sebagaimana
dimaklumi, kematian merupakan jambatan ke negeri akhirat. Ia menandakan
berakhirnya kehidupan seseorang di dunia, beralih kea lam barzakh sebelum
menuju kea lam akhirat. Kehidupan dunia yg sementara ini ibarat sebuah lading bagi
kehidupan akhirat. Sekiranya ladang itu diairi dan disuburkan dengan amalan
soleh, maka bergembiralah pemilik tersebut dengan balasan nikmat berupa syurga
di akhirat nanti. Malangnya jika ia dipenuhkan dengan amalan buruk dan ingkar
perintah Allah swt, maka pemiliknya akan merasa kecewa, takut dan amat menyesal
di sana kerana kealpaannya di dunia.
Sudah menjadi lumrah sifat kita sebagai manusia amat mudah
lupa dan tidak mengingati kematian. Apabila suatu musibah atau kematian menimpa
seseorang, kita katakan yang mati itu orang lain. Apabila mayat ditanam di
hadapan mata kita, kita nyatakan yang mati itu si pulan bukannya aku. Akibat dari
sifat lalai dan leka dengan keasyikan dan kesenangan hidup, kita terlupa dan
alpa bahawa kehidupan dunia ini hanyalah sementara. Ini telah diingatkan oleh
Allah swt dalam Surah Al-Munafiqun ayat 9 yg bermaksud;
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan
oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-anak pinak kamu daripada mengingati
Allah (dengan menjalankan perintahNya).
Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang
yg rugi.
Sebagai umat islam kita hendaklah membuat persiapan awal
sebelum datangnya ajal yang tidak diduga. Antaranya:
Pertama: sentiasa mengingatkan diri kepada kematian kerana
ia dapat menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam diri untuk terus berusaha
menjadi hamba yang taat.
Kedua: mengawal dan mencegah diri dari mengikut dorongan
hawa nafsu yang sentiasa mendorong kea rah maksiat dan dosa.
Ketiga: mempertingkatkan amal ibadah kepada Allah swt dengan
niat yang tulus ikhlas kerana-Nya.
Keempat: sentiasa berusaha mendidih diri dan keluarga dengan
bekalan taqwa.
Kelima: melazimi taubat dan istighfar di atas apa jua
kesalahan yang dilakukan kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan tiba.
Keenam: mengambil iktibar dan pengajaran daripada
kejadian-kejadian yang berlaku di sekililing kita saban hari. Firman Allah swt
dalam Surah Al-Imran ayat 185 yang bermaksud:
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya
pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa
yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah Berjaya.
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan
pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang
terpedaya.
![]() |
Al-Fatihah buat ibuku.. Sharifah binti Sulaiman Semoga rohnya sentiasa dalam rahmatNya |
0 comments:
Post a Comment