Permasalahan iman merupakan permasalahan pokok
dalam kehidupan seorang muslim, kerana iman merupakan penentu nasib seseorang di
dunia atau di akhirat. Bahkan kebaikan dunia dan akhirat bersandarkan kepada
iman yg sebenar. Dengan iman seseorang akan mendapat pahala yang besar dari
Allah swt yang menjadi sebab seseorang itu masuk syurga dan selamat dari masuk
neraka.
Iman bukanlah sekadar keyakinan di hati semata-mata. Ia juga
bukan sekadar ucapan lisan. Tetapi iman yang hakiki (sebenarnya) ialah iman
yang merangkumi keyakinan dalam hati, ucapan dengan lisan dan dizahirkan dengan
amalan2 anggota. Ketiga2 ini mesti wujud dan saling berkaitan dengan erat
antara satu sama lain.
Selain itu kita perlu ingat bahawa iman itu akan mengalami
penurunan dan peningkatan. Iman akan sentiasa bertambah dan meningkat dengan
sebab melakukan amalan ketaatan kepada Allah swt, setiap kali seseorang
melakukan ketaatan maka bertambah dan meningkatlah imannia. Dan iman akan
menurun dan berkurang dengan sebab kemaksiatan yang dilakukan, setiap kali
melakukan maksiat akan berkurang dan menurunlah imannya sehingga ketahap
kekufuran.
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna
imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya)
gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,
menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka
berserah”
(Al-Anfal:2)
Sesungguhnya iman itu adalah perkara yang amat penting dalam
kehidupan manusia bagi mencapai keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di
akhirat. Oleh itu iman yang sebenar akan melahirkan kesan yang mendalam dalam
kehidupan manusia...
![]() |
Ya Allah, tetapkanlah imanku di atas jalan Mu… |
0 comments:
Post a Comment