Kebelakangan ini tingkah laku umat islam tanpa mengira
kedudukan, menggambarkan kepada kita betapa lemahnya aqidah dan keimanan
mereka. Banyak kejadian-kejadian yang tidak diingini dan bertentangan demgan syariat
islam berlaku dalam masyarakat islam. Masalah sosial semakin sukar untuk
dibendung. Sebahagian daripada punca berlakunya gejala social ini, ada yang
dirancang dan diprogramkan oleh golongan tertentu untuk sesuatu tujuan,
termasuk mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan tanpa menghiraukan kesan
buruk seperti konsert2 liar yang mengundang keruntuhan akhlak, kematian dan
hiburan yang dipenuhi dengan maksiat dan dadah.
![]() |
Konsert liar Future Music Festival Asia (FMFA), di Stadium Nasional Bukit Jalil |
Ulama’ islam sepakat mengatakan bahawa aqidah adalah dasar
yang paling utama untuk mengenal Allah dan menjadi pokok dalam ajaran islam.
Rasulullah saw mendahulukan dan mengutamakan aspek akidah dalam mentarbiyah
para sahabat bagi membentuk sikap dan watak tauhid dalam kehidupan. Akidah dan nilai islam
mendasari pemikiran dalam kerangka membina tamadun secara bersepadu dan
seimbang antara jasmani dan rohani, antara kebendaan dan kemanusiaan.
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka
ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang
kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala kitab, dan
sekalian Nabi” (Al-Baqarah; 177)
Amalan seseorang walau sebaik mana sekalipun hanya akan
diterima oleh Allah swt jika ia beriman dan berpegang dengan akidah yang
sebenar. Ini kerana amalan orang yang tidak beriman tidak akan mengambil kira
aspek sah atau batal, halal atau haram, suruhan atau larangan. Mereka tidak
mengharapkan pahala serta tidak takut seksaan hari kemudian. Mereka beramal dan
bekerja bukan kerana untuk mendapat keredhaan Allah swt.
“Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang
kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada
hari rebut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa
yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan
yang jauh dari dasar kebenaran” (Ibrahim; 18)
0 comments:
Post a Comment