Pada 7 Ogos 2011 yg lalu, kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh bertempat di perkampungan orang asli, kampung sungai ruil, Cameron highland. Kejadian itu telah meragut 7 nyawa penduduk kampung tersebut. Kejadian yg telah berlaku itu amat memeranjatkan sy, kerana baru beberapa bulan sebelum itu kami (persatuan mahasiswa hadhari) mengadakan program khidmat masyarakat disitu. sebenarnya sudah dua kali kami mengadakan OPKIM di situ, kali pertama pada Ogos 2010 dan kali kedua pada Mei 2011 yg lalu.
Sementara punca kejadian yang melanda penempatan Orang Asli itu disiasat pihak berkuasa, terdapat spekulasi bahawa kerja membersih tanah dan kerja tanah berdekatan penempatan itu untuk pembangunan perumahan berkemungkinan menyumbang kepada bencana itu. Wallahu'alam. ini semua kerja tuhan. tp boleh jadi tangan2 manusia juga lah yg membinasakn ciptaan tuhan ini. yang dah berlaku kita jadikn iktibar, dan utk masa yg akn datang, manusia perlu beringat. boleh jadi ianya musibah, atau bala dari tuhan.
ini adalah laluan masuk ke kampung ini, dan kejadian tanah runtuh itu berlaku di laluan jalan masuk ini. jelas kelihatan bukit yg telah ditarah utk membgnkan kawasan perkmpungn ini.
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) mmaklumkn kpd pihak brkuasa dalam surat brtarikh 26 Mei 2011 brhubung kerja tanah secara besar2an untuk pmbangunn projek selepas menerima aduan drpd penduduk tempatan n pelancong yg berang dgn keadaan itu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) mngarahkan pihak kontraktor supaya mnjalankan kerja kawalan dan penstabilan cerun mmandangkan kwsn itu terdedah dan berpotensi terhakis. Persoalannya ialah adakah pmbangunan projek ini mnjadi pemangkin bencana di Kampung Sungai Ruil?
ini adalah permandangn perkampungan sungai ruil dari bahagian atas. suasananya amat nyaman dan hijau.sunggh tenang apabila melihat suasana begini. ditambah pula dgn penduduknya (kaum semai) yg begitu ramah dgn kami semua, walaupun sebahagian besar darpd jumlah penduduk di sini masih belum memeluk islam, walhal ada di antara mereka yg tiada pegangan agama pun.
sy dengar kemungkinan penduduk perkampungan ini akan dipindahkn, sebab kebarangkalian akan berlaku skali lagi tanah runtuh. dan pd waktu skrg penduduk kg.sungai ruil menetap sementara di brinchang.dan jikalau perancgn pemindahn ini berlaku, maknanya perkampungan ini akn tinggal nama saja. tiada lg rumah2 org asli yg kita lihat boleh dibina di lereng2 bukit.
inilah sebahagian rumah yg dibina di lereng2 bukit ini.sy berasa amat kagum dgn kesungguhan penduduk di sini yg terpaksa mengangkat barang2 yg berat ke atas bukit. sikap kerjasama di antara satu sama lain merupakan faktor utama utk melakukan kerja berat ini.
berikut merupakan sebahagian gambar2 semasa program OPKIM PMH selama 4 hari berada di situ.mungkin ini adalah program kami terakhir di situ. tetapi secara peribadi, sy berkeinginan utk pergi lg ke kampung ini.
saya ingat lagi kata2 tok batin, dulu masa dia kecik2 dulu, suhu di perkampungan tersebut serendah 3 darjah celcius.sekarang suhunya sudah meningkat kepada 10 - 20 darjah celcius. tetapi suhu sekarang pun masih lg sejuk.
Imam Sharif merupakan org terawal yg memeluk islam di kampung ini, iaitu kira2 20 tahun yg lalu.beliau memeluk islam kerana ingin mencari ktenangan diri. Bilal mansur pula mempunyai kisah yg berbeza, yg mana beliau memeluk islam setelah bermimpikan tentang surga dan neraka. manakala imam lan merupakan adik kepada nilal mansur.
3 comments:
alhamdulillah... smg yg pergi sempat merasai kemanisan Islam dan smg ALLAH sentiasa melimpahkan nur hidayah buat mereka.. insyaALLAH...
great moments..
Hi,kami juga bercadang nak buat program di sini,boleh dapatkan nombor person-in-charge tak..
Post a Comment