Tuesday, August 16, 2011

muslim rural program - Kerana itu, Aku rindu

WEINAN,
seindah nama.. kehangatan ..keramahan saudara2ku disana masih lagi terngiang di minda.. terkenang kembali ayiee.. shushu.. mariaa.. sulaiman.. ahh,mereke sume aku rindu... ketibaan disambut dengan penuh senyuman . walaupun dapat kurasakan mereka pnt mnunggu dan mnyediakan juadah bg kami ,tiada langsung riak letih namun senyuman demi snyuman dihamparkan pada kami..

Ya Allah,ternyata ramai sebenarnya saudara2ku disana.. bahasa? Rupa?umur? semua tidak menjadi halangan bg mereka kerana keteguhan kepada kepercayaan bahawa ISLAM ITU BERSAUDARA amat jelas sekali.. mungkin juga kerana saudara seislam disana tidak ramai seperti di Malaysia.. mungkin boleh diumpamakan seperti kaum ansar(Chinese) menyambut kedatangan kaum muhajirin(malaysian) . mungkin tidak segah zaman Rasullullah S.A.W dahulu,namun cukup membuatkan aku terharu dengan layanan,semangat dan ikatan persaudaraan yang mereka zahirkan.. sedaya mampu walaupun tidak berduit, rumah juga mungkin tidak selesa ..mereka amat mesra ..sudah seperti ibu dan anak..

hari demi hari mengikat lagi jalinan kasih sayang antara kami semua.. namun setiap pertemuan pasti ada perpisahannya..detik yang tidak dapat dibayangkan kesedihannya,ada yang menangis sedih..ada juga sempat menahan air mata, dan ada juga cuba selindungi kesedihan mereka disebalik kaca mata hitam..tidak kira lelaki mahupun perempuan.. aku tahu mereka semua sedih.. kerana pengalaman ini luar biasa..kenangan ini mungkin tidak lagi mampu dimiliki ditempat laen.. mereka juga turut sedih.. ayie juga menangis ,syusyu?ak tahu dia juga sedih namun tidak sanggup mmbiarkan kami melihat linangan air matanya.. namun smpat juga sekilas ak dapat rasakan ada genangan air mata..ada juga yang menghantar kepulangan kami di airport.. ahh sungguh mulia hati dan budi pekerti mereka..

betul juga kata laoshi, msyrkt china mmpunyai attitude yang sangat baik dan sentiasa bersemangat dlm setiap perkara.. mereka akan mencuba sehabis baik.. teringat lagi aku kata2 laoshi,alangkah indahnya jika semua masyarakat China itu muslim.. alhamdulillah kini aku mengerti mengapa ada kata pujangga “tuntutlah ilmu hingga ke negeri China” .. wlupun seketika, ia dapat membuatkan kita semua berfikir.. akan bagaimana ilmu dan amaln kehidupan seharian kita di Malaysia sebagai muslim..

ternyata kadang-kadang aku sedih dengan diri sendiri kerana tidak banyak ilmu atau hadith atau ajaran2 islam yang dpt aku kongsikan bersama..mungkin sedikit,bg mereka sudah amat bermakna .. namun bg aku, ak melihat suatu pengharapan pada setiap kaca mata saudara seislam ku di sana .. mengharapkan bantuan dan sokongan penuh dari segala segi.. kefahaman ilmu agama,fasiliti dan sebagainya.. kini aku sedar, dengan segala kemudahan ,peluang dan ruang untuk mendalami agama dengan lebih baik di Malaysia tidak patut kita sia-siakan.. kerana Weinan tidak seperti kita, namun semangat mereka kuat.. jadi kita juga mesti kuat

Mari..kita muhasabah diri semula, adakah ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya? Saudara2ku, mungkin juga ini ramadhan terakhir kita.. siapa tahu?? Masih lagi tersisa ramadhon ini.. hargai setiap detik dan hayati kenikmatan dan hikmah disebaliknya.. mulakan dengan diri sendiri agar nanti kita bisa membantu saudara-saudara kita yang memerlukan sokongan dan bantuan kita..

Weinan, andai ada kesempatan .. ingin aku kembali ..

hasil nukilan ; NURLIANA JAAFAR

gambar 1; from yana
gambar 2; from syam
gambar 3; from aimy 1

gambar 4; from aimy 2
gambar 5; from aimy 3
gambar 6; from jaha 1
gambar 7; from jaha 2
gambar 8; from fitri
gambar 9; from isey
gambar 10; from fazli
gambar 11; from aisya 1
gambar 12; from aisya 2
gambar 13; from aisya 3
gambar 14; from aisya 4
gambar 15; from ramzi
gambar 16; from syafiq
gambar 17; from hajar
gambar 18; from fatin
gambar 19; from dayah
gambar 20; from fazrin 1
gambar 21; from fazrin 2

fuh..letih gile nak masukkan link gambar dari facebook diorang nih!!

2 comments:

Hanna Nina said...

ade blog x btau..benci! y u r so hipolrit??

amzar said...

baru je bwt blog..blog lama dah terbiar, mebi akan di'delete'.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons