Sunday, June 19, 2011

cara hidup seorang muslim


Seseorang yang memiliki sifat sejati seorang muslim akan membuahkan nilai-nilai yang luhur dan mengandungi ibadah. Di antara sikap hidup seorang muslim yang terdapat dalam hadis qudsi ada tujuh sikap, sekaligus melengkapi dari sifat-sifat seorang muslim yang sudah disebutkan di atas, iaitu :

A.Mencintai para fakir miskin dan orang yang lemah.

Mereka ini adalah makluk Allah S.W.T. Taraf mereka adalah sama saja dengan kita. Menurut Allah manusia semuanya sama. Yang membezakan kita ialah di segi taqwa. Memang sudah menjadi sunatullah sehingga kehidupan di dunia ini harmoni, kerana adanya kumpulan fakir miskin dengan kumpulan kaya. Jika semuanya kaya, siapakah yang akan menjadi buruh, nelayan dan sebagainya. Jadi seimbangnya hukum Allah mengatur kelebihan dan kekurangannya.

Oleh itu yang kaya harusnya mengambil berat saudaranya yang miskin, seperti membayar gaji untuk pekaerjaannya. Bila yang miskin merasa di hargai, maka akan berdoalah ia untuk orang kaya itu dengan doa yang baik-baik.

B.Jangan melihat hanya kepada kemewahan.

Dalam urusan dunia, ekonomi dan harta, hendaklah kita sentiasa memandang ke bawah. Dengan demikian kita akan bersyukur kepada nikmat Allah. Jika selalu memandang ke atas, kita akan menjadi manusia tamak, yang tidak pernah mencukupi dengan apa yang Allah berikan yang mana akan menjerumuskannya bertuhankan kepada dunia dan harta. Demikianlah ajaran Nabi Muhammad S.A.W..

Tetapi dalam soal ibadat, hendaklah kita memandang ke atas, berlumba mengerjakannya tetapi tidak pula menunjuk-nunjuk dan riak.

C.Mengerat hubungan silaturrahim.

Menjalinkan tali persaudaraan antara sesama muslim yang jauh atau dekat dengan satu jalinan agama Islam. Kerana dengan amalan ini rezeki kita akan lapang dan di murahkan oleh Allah serta di panjangkan umur. Begitulah ajaran Rasulullah S.A.W..

Dalam hadis yang lain Rasulullah S.A.W. menganjurkan agar menjalinkan hubungan silaturrahim dari peringkat keluarga, jiran, masyarakat, negeri dan seterusnya kepada sebuah negara. Baginda ada menyebut… Ertinya: " Carilah jiran lebih dahulu sebelum mendirikan rumah."

D.Jangan menanyakan perkara yang tidak bermanfaat.

Tingkah laku seorang muslim mencerminkan nilai-nilai luhur seorang yang beragama Islam. Perkataannya yang baik adalah merupakan nilai-nilai ibadah. Tidak baik bertutur akan menyinggung hati orang lain. Contohnya baru sahaja berkenalan terus ditanya hal-hal peribadinya,hartanya dan sebagainya. Sebaiknya berbuallah perkara yang berkaitan dengan keluarganya, seperti persekolahan anak-anaknya.

E.Menyatakan kebenaran walaupun pahit.

Rasulullah S.A.W. berwasiat kepada umatnya supaya berani mengatakan, menegakkan kebenaran walaupun menghadapi berbagai rintangan. Gunakanlah bahasa yang halus dan baik untuk tujuan itu tetapi memberi kesan dan tidak menyakitkan hati.

Janganlah kebenaran itu tukarkan dengan kebatilan lantaran kita tidak mahu berhadapan dengan risiko, dan mementingkan diri sendiri. Di mana kita berada kebenaran harus di tegakkan. Sebab kepahitan itu akhirnya akan mendatangkan kemanisan untuk manfaat seluruh masyarakat.

F.Tidak takut cacian dan makian.

Setiap perjuangan dalam menegakkan keadilan dan kebenaran yang di redhai Allah, tidaklah lepas dari cacian dan makian. Hendaknya kita mencontohi dengan sikap keperibadian Rasulullah S.A.W. dalam memperjuangkan Islam di tengah-tengah kaumnya. Kita janganlah takut dan bimbang kerana mereka yang menentang kebenaran itu tidak mendapat petunjuk dari Allah S.W.T. Oleh itu kita haruslah memperbanyakkan doa kepada Allah, agar kita ditetapkan dan hati mereka terbuka untuk menerima hidayah Allah.

G.Mengucap kata-kata Hauqalah.

Ucapan Hauqalah ialah : Yang bermaksud, " Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah."

Orang muslim yang sejati, selalu mengucapkan kata-kata tersebut ketika hendak melakukan suatu pekerjaan apapun, sekalipun dirinya menjadi seorang raja, berkuasa, kaya dan sebagainya. Tiada kekuatan, kekayaan, kekuasaan di dunia ini selain dari Allah. Janganlah manusia merasa sombong dengan apa yang ada dengan dirinya.

Demikianlah tujuh sikap hidup yang di wasiatkan Rasulullah S.A.W. kepada umatnya untuk di jadikan panduan siang hari dan cahaya di malam hari. Dengan berpegang kepada wasiat-wasiat Rasulullah S.A.W. tersebut, Insya Allah setiap muslim akan sejahtera dalam kehidupan ini dan membahagiakan pula kepada manusia lain.

Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.

Wednesday, June 15, 2011

membelilah di kedai Al-Falah

Dewasa ini, orang islam seringkali terkeliru dengan perkara halal dan haram. Banyak perkara yg berlaku didalam kehidupan kita terdapat permasalahan ini, samada dalam kehidupan individu muslim, kehidupan berkeluarga dan juga dalam masyarakat secara amnya. Dalam konteks individu muslim, ramai manusia yg berpegang pada adat, sehingga melampaui batas dan melanggar hukum hakam islam. Perkara asas bg manusia, iaitu makanan dan minuman, pakaian dan perhiasan, bidang pekerjaan dan professional, merupakan beberapa contoh tentang kekeliruan masalah halal dan haram ini.

Asas pertama yg telah ditetapkn oleh islam adalah setiap sesuatu ciptaan Allah adalah harus. Ia tidak diharamkan melainkan jika ada nas yg sahih lagi jelas dari syara’ yg mengharamkan. Jika tdk terdapat nas yg sahih, ataupun hanya dengan hadis dha’if, ataupun nas berkenaan sahih tetapi tdk jelas, maka benda itu kekal sifat asalnya sebagai perkara yg diharuskan. (Yusuf Qardhawi).

Maka di sini, sy ingin membantu sahabat-sahabat semua yg masih lg kusut mengenai perkara ini, terutamanya tentang makanan kita seharian. Teknologi yg semakin hebat sekarang ini turut memberi impak dalam industri makanan. Bnyk makanan yg ada di pasaran ini amat mudah didapati dengan pelbagai variasi. Kilang2 makanan juga semakin berlambak di bumi Malaysia ini. Semuanya kerana ada permintaan yg tinggi dlm masyarakat kita.

Begitu juga dengan barang keperluan asas yg kita gunakan dalam kehidupan seharian. Semuanya juga senang didapati di pasaraya dan di kedai2. Malahan ada yg membeli barangan tersebut dengan meng’order’ dari internet saja. Sangat cepat dan pantas.

Tetapi adakah kita terfikir tentang status makanan dan barangan tersebut? Adakah kita pernah mengambil masa utk mengkaji dan mencari maklumat tentang status tersebut? Mungkin kita pernah terdengar tentang permasalahan status ini, tetapi berapa ramaikah dikalangan kita yg cakna dengan perkara ini? Adakah kita pernah berikhtiar utk keluar dari belenggu ini? Jika anda masih lg terperuk dengan persoalan ini, sy ada cadangan dan ruang utk anda berfikir supaya persoalan ini akan bertemu jawapannya.

Utk pengetahuan semua, sebuah kedai yg telah dinamakan sebagai Al-Falah, nombor pendaftaran SA0120740-A telah beroperasi sejak awal tahun ini. Kedai ini dibuka di Kg. Padang Jawa, Shah Alam merupakan sebuah kedai yg membekalkan produk islam. Semua makanan dan barangan yg terdapat di kedai ini didapati dari pembekal produk muslim yg berprinsipkan halalan toyyiba. Di antara barang yg terdapat di kedai Al-Falah ini adalah barangan dapur, makanan sejuk beku, peralatan mandi, makanan dan minuman, minyak wangi, dan yg terbaru terdapat pelbagai jubah, kurta, kopiah dan tudung.

Kedai ini kepunyaan ustaz husni. Beralamat di Lot 1410-J, Jalan Mat Raji, Kg. Padang Jawa, 40200 Shah Alam, Selangor. Untuk butiran lanjut mengenai kedai ini boleh berhubung terus dengan Ustaz Husni (0192738581). Sy merupakan salah seorang part time job di kedai ini.

Diantara barang yg terdapat di kedai Al-Falah..



wangian








jubah Oman

air zam zam..RM10 sebotol

barang yg paling laris...!! dapatkan segera!!

Sesungguhnya Islam itu indah. Kedatangan Islam telah merubah segala perkara yg buruk dan menjadi baik. Masyarakat jahiliyah pernah tersesat dan mengalami kekacauan yg luar biasa, sehingga perkara yg haram telah menjadi halal. Islam adalah penyelamatnya. Islam itu lengkap, semua perkara akan menjadi sempurna jika berlandaskan syariat Islam. Begitu juga dalam pemilihan makanan dan barangan halal ini. Ikutlah ketetapan yg disarankan oleh Islam.
Berikhtiarlah, selagi ada ruang utk berubah. Beralihlah kepada barangan produk muslim, majukan ekonomi umat Islam. Sesungguhnya mencari yg halal itu fardhu bg umat islam.



“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya”. (al-baqarah:172)

Tuesday, June 14, 2011

Amanina Venture di Putrajaya

Berikut merupakan sebahagian gambar program kaedah faham al-quran muqaddam amanina bertempat di masjid Mizan Zainal Abidin, ataupun lebih dikenali sebagai masjid besi, di putrajaya.


taking picture with the cutest girl.her name is Maryam.she was 7 years old



this boy named Adam



ustaz asrulnizam abas. pengasas Amanina Venture. terima kasih kerana memberi peluang kpd kami.



bersama ustaz badrul.salah seorang fasilitator



antara aktiviti yg dilakukan oleh adik2 peserta



mencari kalimah bahasa arab utk anggota badan. semua kalimah ini terdapat dalam muqaddam



fasilitator turut membantu memberi makanan kpd peserta



proses pembelajaran faham dan hafal muqaddam



barisan fasilitator dari UiTM dan UKM

video dari kumpulan as-siddiq, yg mana sy adalah fasilitator utk kumpulan ini.



untuk melihat gambar, sila tekan di sini

tahniah kepada semua pihak yg menjayakan program ini, terutamanya ustaz Asrulnizam dan isterinya, kak Salma.. juga kepada semua barisan failitator.. Faizol, ust Azhar, Badrol, Fendi, Azimah, Izzah, Azrina, Hidayah, dan Nieza.

Monday, June 13, 2011

mujahadah

Saidina Umar r.a pernah mengajar jiwanya sendiri ketika ketinggalan solat fardu berjemaah iaitu dengan jalan menghidupkan semalam suntuk sebagai penebus solat jemaah yang ditinggalkan tadi.

Cara untuk mengajar jiwa supaya patuh kepada perintah dan kemahuan diri ialah dengan berkawan dengan orang-orang yang dapat dikategorikan sebagai hamba Allah yang bersungguh-sungguh dalam solat dan tekun beribadah.

3 perkara yang mengembirakan Abu Darda’:
1. Merasa selalu haus untuk memperolehi keredhaan Allah dengan jalan meninggalkan apa yang dicegah olehNya
2. Bersujud kepada Allah Ta’ala di tengah malam
3. Berkumpul di majlis kaum yang sentiasa memilih ucapan-ucapan yang bagus, sebagaimana dipilihnya apa-apa yang terbaik dari kumpulan kurma


Bila jiwa kamu nampak hendak melarikan diri dari kemahuan kamu yang nyata baik dan terpuji, atau menolak untuk diajak tekun dan mengekalkan peribadatan, maka jalan yang satu-satunya yang lebih wajib ditempuh ialah memperhatikan dan meneliti hal-ehwal mengenai keadaan dan perilaku kaum salaf solehin atau orang-orang terdahulu yang soleh.

Kamu wajib mencela dan menyalahi diri sendiri, dan memprovok pemikiran dan lintasan hati kamu yang berbuat salah dan sesat tadi, dan sebagai gantinya wajiblah kamu membawa dan mengajak jiwa dan nurani anda untuk melakukan ketekunan dan kesungguhan hati. Kamu akan dianggap mengerjakan kemaksiatan dan kekeliruan, apabila kamu tidak mahu mencemuhkan, mengolok-olok jiwa dan diri kamu sendiri, juga keliru pula manakala kamu tidak menunjukkan mana yang perlu diketahui perihal keburukan pandangan jiwa kamu yang salah itu.

Thursday, June 9, 2011

Taubat kemuncak muhasabah

Muhasabah atau timbal balik atau post mortem adalah suatu istilah popular malah suatu agenda rutin terutama dalam dunia kedoktoran dan dunia korporat. Muhasabah dalam sebuah syarikat perniagaan lazimnya adalah untuk menilai kembali pencapaian keuntungan syarikat di samping merujuk kepada komentar para pengguna kepada produk atau perkhidmatan mereka di samping turut menilai keberkesanan strategi pemasaran yang telah digunapakai. Taubat dalam syarikat perniagaan mungkin merujuk kepada kekesalan terhadap pelbagai strategi dan keputusan yang tidak menguntungkan yang kemudian disusuli dengan strategi dan keputusan yang dikatakan lebih efektif dan efisien.

Dalam konteks individu, ramai orang telah bermuhasabah dan bertaubat. Bagaimanapun, banyak yang bukan kerana Allah tapi mungkin kerana wang dan kedudukan atau kerana etika dan norma yang lebih didasarkan kepada rasa malu kepada manusia. Ramai juga orang menyesal tak sudah (seperti dengan mengatakan: ‘taubat aku tak nak buat lagi’) apabila melakukan kesilapan di depan khalayak ramai. Ramai orang lebih malukan khalayak manusia yang hidup daripada berasa malu di hadapan khalayak manusia yang sudah mati (di Padang Mahsyar).

Sebab itu kalimat taubat harus dilihat sebagai suatu kalimat khusus dalam Islam sebagaimana ad-din, jihad dan lainnya. Taubat daripada konteks bahasa bermaksud ‘kembali kepada Allah’ yang punya konotasi dosa dan pahala, syurga dan neraka, juga hari penghisaban dan hari pembalasan – hari yang secara mutlak dikuasai dan dimiliki oleh Allah semata. Sehubungan itu, Imam ar-Raghib al-Ashfahani menerangkan: "Dalam istilah syara', taubat adalah meninggalkan dosa karena keburukannya, menyesali dosa yang telah dilakukan, berkeinginan kuat untuk tidak mengulanginya dan berusaha melakukan apa yang dapat diulangi (diganti). Jika keempat hal itu telah dipenuhi bererti syarat taubatnya telah sempurna."



Muhasabah dan taubat tidak dapat dipisahkan ibarat tiada taubat tanpa muhasabah. Muhasabah adalah perintis jalan kepada pintu taubat dan pintu rahmat. Muhasabah adalah amalan para salaf as-soleh sebagaimana kata-kata Umar al-Khattab r.a.: “Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan, timbangilah diri kamu sebelum kamu ditimbangkan”. Hati yang telah sudi bermuhasabah bermakna telah sudi dan sanggup melapangkan dada dan merendahkan diri untuk mengaku kesilapan dan kesalahan diri sendiri samada di hadapan manusia apatah lagi di hadapan Allah. Taubat pula adalah puncak dan kemuncak muhasabah, sekaligus merupakan simbol rasa hamba yang hina dina lagi pasrah kepada Allah – yang tentunya sukar dilakukan oleh manusia-manusia ego.

Ego pula tidak sekali-kali dapat disatukan dengan taubat, lantaran ego mengandungi syirik kepada Allah – merendahkan Allah daripada sifat-sifat dan nama-nama Allah yang indah lagi mulia. Mana mungkin manusia ego sanggup merendahkan dirinya, bermuhasabah diri lalu bertaubat kepada Allah. Sebaliknya, mana mungkin Allah mengampuni dosa ego dan syirik kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan (dosa) seseorang jika dia mensyirikkan-Nya, dan Dia mengampuni dosa selain daripada itu." (an-Nisa’: 48).

Justeru, Allah Maha Adil untuk mengasihi dan menyayangi orang-orang yang
bertaubat, yang memohon keampunan dan sering membersihkan diri. Juga Maha
Adillah Allah untuk mengganjari syurga buat golongan yang bertaubat sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang berpuasa (atau mengembara menuntut ilmu), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh yang makruf dan melarang daripada yang mungkar, yang memelihara batasan-batasan Allah. Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman itu (dengan syurga).” (at-Taubah: 112)


Monday, June 6, 2011

wahai daie..


Bila kau bergelar DAIE, kau wajib sedar, bahawa jika kau xboleh lama-lama menjadi REMAJA.. bak kata AL-BANNA, “tanggungjawab melebihi masa yg ada”, dan tarbiyah yg bersalutkan ILMU dan CABARANlah yg dapat menDEWASAkan kau.. tp cukupkah jika sdr menerima tarbiyah

Sunday, June 5, 2011

cinta adalah jiwa


Cinta itu adalah jiwa. Antara cinta yg sejati dengan jiwa tak dapat dipisahkan, cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak memperbezakan diantara kaya dan miskin, diantara darjat dan bangsa, mulia dan papa.

(petikan dari buku dibawah lindungan kaabah, karya HAMKA)

Saturday, June 4, 2011

cinta


"Aku takkan memperbuatkan barang yang sia-sia dan percuma. Aku tahu bahawa jika aku mencurahkan cinta kepadamu takkan ubah seperti mencurahkan semangkuk air tawar kedalam lautan yg mahaluas, laut takkan berubah sifatnya kerana semangkuk air tawar."

-Petikan dari buku "Di Bawah Lindungan Kaabah", karya HAMKA.

p/s; kali terakhir aku membaca buku ini sebelum menjejak kaki ke menara gading, dalam pertengahan 2006. Sebuah lg novel cinta Hamka yg perlu dibaca ialah "Tenggelamnya kapal van der wijck".

ahlan wasahlan


salam 1 Malaysia..
saya mewakili Persatuan Mahasiswa Hadahari (PMH)
Universiti Teknologi Mara Shah Alam, sesi 2011/2012
dengan ini mengucapkan selamat berdaftar sebagai pelajar di UiTM.

Ucapan ini khas ditujukan kepada adik2 asasi dan diploma, kemasukan Mei 2011.

perkahwinan

Cuti sekolah dah bermula. Semenjak dua menjak ni, sy bnyk terima kad jemputan perkahwinan, samada drpd saudara mara,kawan abah, kawan umi, kawan kak long, dan kawan abg, dan kawan sy sendiri. Dikesempatan musim cuti sekolah ini, ramai yg tdk melepaskan peluang utk mengadakan majlis perkahwinan. Sehinggakan utk satu hari je, ada 3 tempat sy kena pergi!

Sy tertanya2, kenapa perlu tunggu sehingga cuti sekolah untuk mengadakan majlis perkahwinan? Bila tiba je cuti sekolah, mesti ramai je yg nak kawin. Sepatutnya nama ‘cuti sekolah’ patut ditukar kepada ‘musim perkahwinan’, ataupun org2 tua kat kampung sy menyebutnya ‘musim mengawan’, tp begitulah, musim perkahwinan ni dah lama sebati dgn musim cuti persekolahan, sebabnya pd masa inilah ramai org dapat cuti, samada pekerja kerajaan, swasta dan pelajar2 sendiri.

Tp yg menariknya, budaya menghantar kad jemputan masih lg menjadi pilihan org ramai, walaupun kemajuan teknologi semakin canggih yg memudahkan kerja seharian kita dan segalanya telah tersedia di hujung jari kita. Tp sy percaya, tradisi menghantar kad jemputan ini masih releven pada masa hadapan. Bg sy, kemeriahan musim perkahwinan ini sama dgn kemeriahan menyambut hari raya. Kerana di majlis perkahwinanlah tempat kita bertemu dgn kwn2 lama, terutamanya kawan2 yg dah lama terpisah. majlis perkahwinan juga boleh dikatakan sebagai tempat ‘reunion’.

Di kesempatan ini, sy ingin menghuraikan apakah hakikat perkahwinan yg sebenarnya. Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dgn kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai munurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani.

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan
ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21)



Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan. Allah menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat hidup seiring sejalan, berbahagi suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai satu matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.

Kepada pasangan pengantin, SELAMAT PENGANTIN BARU sy ucapkan. Semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke akhir hayat. Selamat menempuh hidup sbg sepasang suami isteri, dan semoga bahagia yg kalian cari itu akan kekal selamanya. Ameen.

Friday, June 3, 2011

solat jumaat

Dalam satu solat jumaat yang dihadiri kira-kira 1000 org, dtg 2 org lelaki yg memakai topeng dan memegang machine gun lalu salah seorg drpdnya melaung, “siapa yang sanggup mati kerana Allah. Sila berdiri.” Lalu bertempiaran org didlm masjid itu, dan yg tinggal hanyalah 40 org, termasuk tok imam. Kemudian kedua lelaki itu membuka topeng lalu berkata kpd tok imam, “sy telah menghalau hipokrit, sekarang tok imam boleh mulakan”. Lawakkah cerita ini? Fikirkan.

Ingatlah kematian

Ingatlah kematian itu dari detik kedetik
dan dari saat ke saat
justru Allah tidak janjikan kematian kita diwaktu tua

begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita disebabkan sakit
tidakpun sakit boleh mati juga

oleh itu jangan senang hati
kematian pastikan berlaku
tunggulah kematian dari nafas ke nafas agar kita tidak angan2 melalaikan

ingatlah senantiasa Tuhan setiap waktu
kerana kematian kita tidak tahu
ingatlah mati didalam seberang hal agar kita senantiasa gentar dengan Tuhan

oleh itu bersiap sedialah mengusahakan iman dan taqwa
sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi
hidup di dunia hanya sekali
bila pergi tak kan kembali

tersilap di dunia padanya diterima di sana
mengapa kita belumpun menambah amalan
sedangkan umur makin lama berkurangan
pabila sudah sampai kesempadan kan menyesal

MAWADDAH

mekanik dan doktor

Azrul seorangg mekanik. Pada suatu hari, datang seorg doktor bedah ke bengkelnya untuk membaiki kereta. Azrul amat mengenali doktor itu kerana mukanya sering terpampar dalam paper. Azrul pun bertanya pd doctor itu, “kerja kita sama kan. Membuang barang yg buruk dan menggantikan dgn barang yg baru. Lepas tu barang tu akan jd elok. Tp kenapa doctor lebih kaya dari sy?” jawab doctor itu, “pernahkah awak membaiki kereta dalam keadaan enjin hidup?”.

attention getter

salam perkenalan..

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons