Monday, October 22, 2012

motivasi

Hari ini, dimana-mana sahaja kita dengar orang bercakap tentang motivasi. Motivasi diertikan sebagai keinginan serta minat yg kuat dalam melakukan sesuatu tindakan, agar matlamat hidup akan dicapai. Tiada motivasi menunjukkan tiada matlamat dan keinginan dalam hidup manusia.

Semua orang, tidak kira agama dan bangsa, memang memerlukan motivasi utk menyuntik semangat. Lebih2 lagi orang islam. Banyak kisah lampau dalam sejarah islam telah menunjukkan kejayaan umat islam, dalam pelbagai bidang sekalipun. Tetapi barat telah mengolah semula dan menceduk segala ilmu tinggalan ilmuan islam. Hari ini kita bangga hasil karya org barat, dan cuba menjadikan mereka sbagai idola utk mencapai matlamat. Maksud lain, menjadikan barat sebagai sumber motivasi utk kejayaan diri. Saya tidak setuju sama sekali dengan cara ini. Barat bukan kiblat kita.

Hari ini sy berkesempatan membaca buku "25 CENDEKIAWAN ISLAM" karangan Shafie Abdul Rahman. Sebuah kisah dari cendekiawan Islam yg dapat menyedarkan kita semua umat islam, terutamanya generasi muda, tentang perlunya bg umat islam menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan sepatutnya menjuarai serta mendahului dalam semua usaha bagi menjana kecemerlangan minda dan penguasaan terhadap pelbagai jenis kemahiran. Kita harus sedar dan insaf bahawa segala jenis bidang ilmu pengetahuan yg kini dijuarai oleh barat (baca: kafir), dahulunya pernah diasaskan, dikuasai dan dikembangkan oleh cendekiawan islam.


Adakah anda kenal Al-Batani? Ibnu Zuhr? Ibnu Bajjah? Ibnu Tufail? Jabir Ibnu Hayyan? dan ramai lagi..mungkin ada tokoh yg kita tdk pernah kenal nama sekalipun. Mereka merupakan cendekiawan dalam pelbagai bidang, samada astronomi, ahli falsafah, tokoh zoologi, pakar matematik, bapa perubatan dan sebagainya. Saya sendiri akui, ada beberapa nama yg sy tdk pernah dengar langsung. Betapa lemahnya pengetahuan saya tentang sejarah yg pernah mewarnai dunia kegemilangan Islam pada suatu ketika.

Kelahiran cendekiawan Islam ini bukan setakat 25 org yg disebut dalam buku ini, bahkan jumlahnya adalah ratusan org, dan mungkin juga ribuan org. Mereka sebenarnya adalah hasil daripada 'generasi al-Quran' yg bukan setakat menghafal ayat2 al-Quran sehingga khatam tetapi juga mengkaji tentang kandungan al-Quran, lalu menjelmakannya dalam kehidupan harian masing2. Mereka sesungguhnya adalah manifestasi keimanan mereka kpd al-Quran, yg berusaha menonjolkan kemuliaan, kebesaran dan kelebihan ajaran Islam melalui bidang ilmu pengetahuan.

Ramuan dan resipi daripada al-Quran itu telah diadunkan dan akhirnya melahirkan cendekiawan islam yg terkemuka, sehingga kejayaan dan kecemerlangan mereka begitu terserlah menyebabkan ia sukar dinafikan oleh cerdik pandai barat, lalu diakui dan diiktiraf akan sumbangan mereka.

Berbalik kepada topik motivasi seperti tajuk di atas, sewajibnya umat islam perlu mengambil kata2 atau ayat dari wahyu dahulu, kemudian barulah diolah dengan akal fikiran. Bezanya kita dengan org barat, mereka percaya kepada akal dahulu, barulah mengambil dari wahyu. Tetapi perlu diakui bahawa akal manusia terbatas, tdk dapat memikir sesuatu di luar kemampuan, hanya wahyu sebagai sumber kita.



Di dalam al-Quran ada segalanya, dari pelbagai aspek kehidupan, dari sekecil2 perkara sehingga pentadbiran negara. Amat malang sebilangan org Islam hari ini lebih suka mengambil kata2 dari barat sebagai tonik utk menyuntik semangat. Begitu juga dengan sebilangan pakar motivasi yg beragama Islam, yg lebih banyak memberi contoh dari barat utk memotivasikan diri. Sy tidak mengatakan tindakan mereka ini salah, tetapi sebagai org Islam kita perlu mengambil kata2 atau ayat dari al-Quran dan as-Sunnah terlebih dahulu, barulah ambil sumber yg lain. Sampai bila mahu memartabatkan org barat ini, sehingga org Islam sendiri yg mempromosikan mereka.

Penulis buku 'La Tahzan', Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni, merupakan penulis motivasi Islam, juga merupakan seorang ulamak di Arab Saudi, yg telah menulis kitab ini di dalam penjara, pernah mengatakan bahawa jika orang Islam membaca al-Quran, pasti buku karangannya tidak akan laku. Kerana apa yg ditulis di dalam buku itu semuanya berlandaskan al-Quran.

Untuk menjadi pakar motivasi, tidak cukup sekadar pandai bercakap dan hanya membaca (journal barat)  kemudian bercerita kpd manusia. Tapi bacalah al-Quran, fahami maksudnya serta sampaikan kepada manusia. Barulah anda layak menjadi pakar motivasi. 

"Segala jenis macam ilmu tersebut umpama permata yang tercicir daripada khazanah Islam. Maka rebutlah, ambillah dan kuasailah ia kerana ia memang milik kita".

Friday, October 19, 2012

impian


Adakah aku sudah besar? Adakah kau sudah besar? Besar yang macamana? Bukannya besar badan, tp yg dimaksudkan ialah besar usia. Semakn bertambah usia, dikatakan semakin membesar diri kita. Lazimnya.

Apa ukuran org yg sudah besar itu? Adakah dapat menggapai impian yg bersifat material yg boleh disukat nilai dan takatnya? Ada org dapat merealisasikan  pendapatan 10 ribu sebulan, adakah dia cukup besar? Bg aku itu belum cukup, sebab sesiapa sahaja boleh mencapainya, asalkan ada usaha dan keinginan.


Ye, aku sudah jadi orang besar!

Persoalannya, setinggi manakah hendak diletak impian? Meletakkan nilai sebagai aras adalah kebanyakan yg dilakukan orang. Contohnya, mensasar pendapatan RM 200 juta setahun. Namun apabila tercapai, takkan berhenti di situ sahaja? Perangai manusia, apabila sudah mencapai, ingin menambah lagi. Penatnya hidup begini.

Kita mungkin penat mengejar impian atau terkorban dek pengorbanan mengejar impian!

Oleh sebab itu, ada satu ungkapan yang amat berharga, al-mawt fi sabilillah asma amanina (mati di jalan Allah ialah cita-cita tertinggi kami).

Impian untuk mati, pastinya sesuatu yg aneh. Pelik sekali! Amat janggal, seorang yg hidup, impiannya adalah mati. Tetapi impian mati di jalan Allah amat mulia dan agung sekali. Mati syahid dalam mempertahankan syahadah ialah kemuncak impian orang mukmin. Orang yg mati syahid hakikatnya akan terus hidup dalam reda Allah swt.

“Ya Allah, matikan kami dengan husn al-khatimah (pengakhiran yang baik) dan jangan Engkau matikan kami dengan su’ al-khatimah (pengakhiran yang buruk)."

Thursday, October 18, 2012

BANGKIT

salam.. kepada sahabat yg kusayangi sekalian..

Alhamdulillah bersyukur atas nikmat Allah Ta'ala yg masih lg dapat kita kecapi pada waktu sekarang. terlalu banyak nikmat yg Allah Taala bg kpd kita semua, tp berapa banyakkah diantara kita yg mengenal erti syukur di atas pemberianNya yg tdk terhingga ini.

Jiwa manusia memerlukan pengisian, sama seperti jasad kita yg memerlukan roh. Adalah menjadi fitrah bagi manusia utk mengisi kekosongan yg terdapat dalam jiwa. dengan pelbagai cara, pelbagai kaedah. tetapi mesti berteraskan prinsip Islam, agar cara yg kita lakukan itu tdk bercanggah dengan suruhanNya.

Ada diantara kita menjadikan 'realistik value' sebagai tempat utk mengisi kekosongan jiwa. sebab itu ada diantara manusia sanggup memperhambakan wang dan harta kekayaan dalam mengejar impian. bg yg tdk mampu, sanggup pula mengunakan jalan yg salah, yg penting, keinginan hati dapat tercapai.

Ada juga diantara kita yg memilih 'hidden value' sbagai tempat mengisi kekosongan jiwa. yg dimaksudkan dgn 'hidden value' ini ialah nilai yg tidak dapat di depan mata, tetapi yakin bahawa ganjaran tersebut amat besar. itulah dosa pahala. takut melakukan dosa, memilih jalan yg sukar asalkan dapat pahala. beruntung org macam ni.

fitrah manusia, pelbagai cara pelbagai ragam. perlu diingati bahawa Dunia ini ada peraturannya. semua guideline sudah tersedia di dalam kitab Allah dan Sunnah Nabi. cuma memerlukan jiwa yg kuat utk merobeknya. adakah jiwa kita kuat?

bangkitlah. bangkit dan terus bangkit agar jiwa sentiasa hidup. hidup bukan utk dunia, tp utk akhirat. nescaya kita akan dapat jalannya. jalan yg tersedia amat luas terbentang, tunggu masa manusia melaluinya. bangkit dengan jiwa yg baru, daripada kekosongan perlu diisinya. jiwa kita perlu hidup.

Saidina Ali berkata; " Sekiranya hari ini lebih baik dari semalam, maka berbahagialah orang itu. Sekiranya hari ini adalah sama dengan hari semalam, maka sia-sialah orang itu. Sekiranya hari ini lebih buruk dari semalam, maka celakalah orang itu".

Wahai pemuda islam, bacalah buku "Sehingga Pemuda Mengerti", karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons