Sunday, September 30, 2012

cinta untuk orang-orang sains

Cinta untuk org2 sains

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian

Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar

Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23.

Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugakk yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian... ... ..


teringat ketika zaman belajar bersama teman2. menjadi pelajar sains selama 5 tahun (universiti)  merupakan sebuah kenangan terseksa yg xakan dilupakan. ramai yg kata student sains ni nerd dan xde life, itu memang diakui, student sains ni kurang bersosial, dan tdk up to date sgt pun dgn perkembgn terknologi moden skrg, haha (ini aku citer apa yg terjadi kat batch aku la).

apa2 pun masing2 sudah berjaya skrg, masing2 sudah ada hala tuju. semoga berjaya utk anda semua.



p/s; ini gambar semasa belajar degree di uitm shah alam, mengambil jurusan ijazah sarjana muda sains (kepujian) kimia (analisis forensik). gambar semasa diploma sains kat diploma jengka akan diupdate kalau ada masa dan ingat =)

Tuesday, September 25, 2012

kelebihan Al-Quran

Sebuah kisah benar yg berlaku pada 2004. Seorg pemuda kristian dari Borneo yg samseng tersentuh hatinya bila mendengar bacaan Quran dari CD yg dibaca oleh Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy.

Kisahnya bermula tatkala dia dpt melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA. Tiap2 pagi sebelum subuh CD bacaan Quran dari Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy di pasang. Hatinya tertanya apatah 'lagu' yg begitu indah ini. lalu dijumpanya AJK masjid tersebut. setelah diberitahu bahawa lagu yg dipasang itu ialah ayat-ayat Quran, lantas dia tdk mahu mendengarnya lagi.

Tapi hatinya tdk dapat menahan dari mendengar ayat quran itu pada setiap pagi sebelum subuh, sehingga sanggup bangun awal pagi dan mandi semata2 utk mendengar ayat quran bacaan dari Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy itu. akhirnya beliau berjumpa dengan AJK masjid tersebut utk meminjam CD quran itu. tapi AJK masjid tersebut telah menasihatkannya terlebih dahulu supaya perlu menjaga CD itu dan mendengarnya dalam keadaan yg bersih dan tdk boleh dibawa ke tempat2 kotor.

pemuda itu selalu mendengar CD tersebut dan mengasingkan diri dari kawan2nya yg lain. antara ayat yg selalu diulang2 olehnya ialah ayat 33-35 dari surah Abasa, dari juz 30. ayat tersebut begitu kesan kepada jiwanya. lantas dia pergi berjumpa dengan AJK masjid td, dan terus dibawa berjumpa dengan pensyarah lantas mengucap 2 kalimah syahadah. itulah diantara mukjizat dan kelebihan al-quran. ianya dapat mengetuk hati seseorg walaupun hanya mendengar bacaan

. -seperti yg diceritakan oleh Ustaz Muhammad Shakirin di Surau ar-Rahmah, seksyen 8, Shah Alam, 22/9/2012.


Sunday, September 23, 2012



Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu: 


1. Mendapat Syafaat 

 Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.” 

 Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”

 Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.” 

 Ulama berkata: ”Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.” 


 2. Menyelamatkan daripada seksa kubur 

 Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.

 Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.

 Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”

 Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.” 

 Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”. 

 Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”

 Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.” 

 Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.” (HR At-Tarmizi)

 3. Hati Beriman 

 Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).

 Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.” 

 4. Mendapat Keistimewaan 

 Saiyidina ‘Ali berkata: ”Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”

 Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons