
Beberapa hari yg lalu, sy telah pulang ke kampung dan pergi menebas di
tanah pusaka peninggalan arwah atuk. Pd waktu tengahari, sy pergi ke sebuah
warung untuk melepaskan lelah. Kemudian terdengar perbualan yg dimulakan oleh 2
org penduduk kampung, berumur sekitar awal 50-an. Mula2 perbualan mereka biasa
sahaja, tetapi apabila salah seorg drpdnya menyebut mengenai MLM, seorg lg dah
mula melatah. Nampaknya dia xsenang dgn MLM yg diperkenalkn oleh kawannya itu.
Yang si A bercerita tentang syarikat MLM yg baru dimasukinya, manakala si B
membantah apa yg dikatakan oleh si A dan mengatakan syarikat MLMnya yg lebih
bagus.
Perdebatan mereka lebih rancak apabila ada beberapa org penduduk
kampung yg turut serta,ramai yg menyokong si A, tetapi sikit je yg menyokong si
B. tp si B mempunyai suara yg lebih kuat dan lantang,dan si B lah yg bnyk
menguasai perdebatan itu. Suasana yg riuh rendah itu turut menarik perhatian
penduduk yg lalu lalang, dan ramai yg berkumpul utk menyaksikan perdebatan
secara percuma itu. Ibarat menyaksikan persembahan sarkis, dgn sorakan dan
hilaian drpd penonton. Bg sy, perkara ini amat memalukan, lebih2 lg ia
melibatkan golongan yg dah berusia, dan berbahas pula mengenai benda yg hubbul
dunia.
Inilah realiti yg berlaku dalam masyarakat kita. Sy percaya, perkara
seperti ini bnyk berlaku di mana2 tempat pun. Disebabkan terlalu asyik kejarkan
harta dunia ini, mereka sudah tdk menghiraukan tentang adab dan batasan dalam
islam. Dimanakah nilai murni kita sebagai umat islam dan bangsa melayu, kenapa
perlu berbalah untuk menegakkan hak masing2. Tp yg untungnya adalah syarikat
MLM terbabit. Org yg berbahas td hanya mendpt penat dan menbazirkan air liur
shj.
Bg sy tak salah utk menerangkan sesuatu perkara,tp biarlah secara berhikmah.
Kita perlu sampaikan apa yg hendak dikata itu mengikut kesesuaian. Sbg contoh,
kalau kita lihat perkembangn MLM ini, golongn yg bnyk menguasainya adalah
golongn muda, terutamanya pelajar2 di IPTA/S. Macamana mereka mendekati client
mereka, mereka tdk sesekali brcakap dgn
kasar, natijahnya client mereka itu akan lari. Sebaliknya mereka akan terima
kritikan dgn hati yg terbuka, itulah kunci kejayaan. Yg plg penting, jgn
sesekali membiarkan nafsu menguasai akal kita.
Sy tdk nafikan, perkembangan MLM ini bnyk membantu golongan yg
berpendapatan rendah. Jikalau dahulu, ramai anak2 kampung yg hidup mengganggur,
tp sekarang keadaan ini sudah berubah. Anak2 kecil juga dapat bersekolah
seperti anak2 yg hidup kat bandar. Antara faktor yg menyumbang kpd perubahan
ini adalah melalui perniagaan. Tp kita terlepas pandang mengenai sikap, adab,
moral dan akhlak dalam islam. Sepatutnya perkembangn perniagaan ini perlu
seiring dgn nilai2 murni itu td, barulah kita akan dapat kenikmatan hidup dlm
keadaan masyarakat harmoni yg kita idam2kan selama ini.
0 comments:
Post a Comment