Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari Guru!

16 Mei datang lagi.. pastinya tarikh ini akan diingati oleh kebanyakan orang di Malaysia ini.. Hanya GURU yang begitu istimewa sehngga ada tarikh khusus untuk mengingati mereka, tidak ada pula hari jurutera, hari chemist dan hari akauntan. Ini kerana datangnya jurutera, chemist, akauntan dan juga profesional yang lain bermula dengan GURU.

-PASTI Pangkal Chuit
-TABIKA Temangan
-SK Temangan
-Syamsul Maarif Lelaki Labok
-Maahad Muhammadi Lelaki KB
-Tuisyen Anggun Machang (Darjah 3-6)
-Tuisyen Hakimie Machang (PMR)
-Tuisyen Al-Kauthar Machang (PMR)
-Tuisyen Ibnu Sina Machang (SPM)
-Tuisyen Anda KB (SPM)
-UiTM Jengka
-UiTM Shah Alam

Inilah perjalanan hidupku. Sepanjang ranjau ini tidak kurasa penat lelah untuk menuntut ilmu. Pastinya kejayaan yang dicapai oleh setiap insan pada hari ini bermula dengan kecekalan seorang guru yang memerah keringat untuk kejayaan anak bangsa, semangat seorang guru menabur bakti demi memastikan anak bangsa berjaya bersaing di persada dunia, dan semua ini dilakukan demi ibu pertiwi.

Meskipun dinihari kita sering terdengar pelbagai ungkapan yang kurang enak mengenai guru, namun sedarlah hakikat bahawa insan yang bergelar itulah yang memacu kejayaan seorang itu pada hari ini.

Dan dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada ibu saya sendiri, iaitu Allahyarhamah Ustazah Sharifah binti Sulaiman. Meskipun beliau telah meninggalkan kamisekeluarga pada 2 tahun lepas, tapi beliaulah guru pertama yang mendidik kami adik beradik ini. Segala tunjuk ajar dari ibuku takkan kulupa sampai bila2. Dialah ibuku, dialah guruku. Al-Fatihah buat ibuku.

ketika darjah 4 di SK Temangan

classmate semasa f3 di Syamsul Maarif Lelaki
semasa tingkatan 1 di Syamsul Maarif lelaki
Classmate kursus Kimia Forensik di UiTM Shah Alam

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons