Monday, December 31, 2012

maafkan aku

Saat mengetahui dia bukan jodoh kita.. kalau ternyata bukan, jauhkanlah kami dengan hati-hati.. jarakkan kami tanpa merasa tersakiti.. pisahkan dan bantu kami menemukan pengganti.. Jangan minta aku berjanji.. jangan tuntut aku untuk berjanji.. berdiri dengan kaki sendiri saja aku masih bertatih-tatih.. bagaimana aku mampu berjanji untuk membuatmu menjadi lebih baik dan lebih bahagia? aku belum mampu...  maafkan ak...

Monday, October 22, 2012

motivasi

Hari ini, dimana-mana sahaja kita dengar orang bercakap tentang motivasi. Motivasi diertikan sebagai keinginan serta minat yg kuat dalam melakukan sesuatu tindakan, agar matlamat hidup akan dicapai. Tiada motivasi menunjukkan tiada matlamat dan keinginan dalam hidup manusia. Semua orang, tidak kira agama dan bangsa, memang memerlukan motivasi utk menyuntik semangat. Lebih2 lagi orang islam. Banyak kisah lampau dalam sejarah islam telah menunjukkan kejayaan umat islam, dalam pelbagai bidang sekalipun. Tetapi barat telah mengolah semula dan menceduk segala ilmu tinggalan ilmuan islam. Hari ini kita bangga hasil karya org barat, dan cuba menjadikan...

Friday, October 19, 2012

impian

Adakah aku sudah besar? Adakah kau sudah besar? Besar yang macamana? Bukannya besar badan, tp yg dimaksudkan ialah besar usia. Semakn bertambah usia, dikatakan semakin membesar diri kita. Lazimnya. Apa ukuran org yg sudah besar itu? Adakah dapat menggapai impian yg bersifat material yg boleh disukat nilai dan takatnya? Ada org dapat merealisasikan  pendapatan 10 ribu sebulan, adakah dia cukup besar? Bg aku itu belum cukup, sebab sesiapa sahaja boleh mencapainya, asalkan ada usaha dan keinginan. Ye, aku sudah jadi orang besar! Persoalannya, setinggi manakah hendak diletak impian? Meletakkan nilai sebagai aras adalah kebanyakan...

Thursday, October 18, 2012

BANGKIT

salam.. kepada sahabat yg kusayangi sekalian.. Alhamdulillah bersyukur atas nikmat Allah Ta'ala yg masih lg dapat kita kecapi pada waktu sekarang. terlalu banyak nikmat yg Allah Taala bg kpd kita semua, tp berapa banyakkah diantara kita yg mengenal erti syukur di atas pemberianNya yg tdk terhingga ini. Jiwa manusia memerlukan pengisian, sama seperti jasad kita yg memerlukan roh. Adalah menjadi fitrah bagi manusia utk mengisi kekosongan yg terdapat dalam jiwa. dengan pelbagai cara, pelbagai kaedah. tetapi mesti berteraskan prinsip Islam, agar cara yg kita lakukan itu tdk bercanggah dengan suruhanNya. Ada diantara kita menjadikan 'realistik value' sebagai tempat utk mengisi kekosongan jiwa. sebab itu ada diantara manusia sanggup memperhambakan wang dan harta kekayaan dalam mengejar impian....

Sunday, September 30, 2012

cinta untuk orang-orang sains

Cinta untuk org2 sains Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan?? Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku. Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan. Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih. Aku : Tapi, aku...

Tuesday, September 25, 2012

kelebihan Al-Quran

Sebuah kisah benar yg berlaku pada 2004. Seorg pemuda kristian dari Borneo yg samseng tersentuh hatinya bila mendengar bacaan Quran dari CD yg dibaca oleh Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy. Kisahnya bermula tatkala dia dpt melanjutkan pelajaran di sebuah IPTA. Tiap2 pagi sebelum subuh CD bacaan Quran dari Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy di pasang. Hatinya tertanya apatah 'lagu' yg begitu indah ini. lalu dijumpanya AJK masjid tersebut. setelah diberitahu bahawa lagu yg dipasang itu ialah ayat-ayat Quran, lantas dia tdk mahu mendengarnya lagi. Tapi hatinya tdk dapat menahan dari mendengar ayat quran itu pada setiap pagi sebelum subuh, sehingga sanggup bangun awal pagi dan mandi semata2 utk mendengar ayat quran bacaan dari Syeikh Mishary Rashid Al-Afasy itu. akhirnya beliau berjumpa dengan AJK...

Sunday, September 23, 2012

Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:  1. Mendapat Syafaat   Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”   Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”  Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi...

Wednesday, April 4, 2012

kewajipan berdakwah

Ramai orang mengetahui bahawa tugas berdakwah adalah wajib ke atas setiap individu. Walau bagaimanapun, masih ramai yang tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah disebabkan oleh beberapa kekeliruan.Antara kekeliruan yang sering timbul adalah menanti kesempurnaan diri sebelum memulakan dakwah. Hal ini menyebabkan sebahagian daripada umat Islam tidak mahu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran kerana merasakanamalannya belum cukup mantap dan dirinya masih diselimuti dengan banyak kelemahan.Berhubung dengan isu ini, Imam Said bin Jubair berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga...

Monday, April 2, 2012

andai dia bukan jodoh kita..

saat mengetahui dia bukan jodoh kita.. kalau ternyata bukan, jauhkanlah kami dengan hati-hati, jarakkan kami tanpa merasa tersakiti, pisahkan dan bantu kami menemukan pengganti“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.” (Hud...

Thursday, February 9, 2012

warkah kepada adik-adik daurah

warkah ini merupakan amanatku kepada adik-adik peserta daurah, yang menyertai program Daurah Penghayatan Islam di masjid negeri Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah AlamAssalamualaikum…Kehadapan adikku yang amat kusayangi…Akhirnya masa yang abang takuti telah tiba. Hari ini adalah hari terakhir kita bersama dalam program daurah ini. Selama 3 minggu kita bersama merupakan detik yang sangat indah bagi abang dan abang akan kenanginya selalu. Segala kenangan suka dan duka kita bersama telah abang pahatkan di sanubari abang, memori itu tidak akan abang lupakan selagi hayat masih di kandung badan.Setiap pertemuan mesti ada perpisahan,samada perpisahan...

Wednesday, February 8, 2012

relevenkah aku di hatimu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu-petikan dari novel "Relevenkah aku di hati...

Tuesday, February 7, 2012

menangislah!

Kata ahli Hikmah : ‘Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis’.Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri pada hari akhirat dan membayangkan huru-hara apabila menjelang kiamat. Dalam hal ini, menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali. Rasulullah...

Friday, February 3, 2012

salam maulidur rasul 2012

"Sesungguhnya, orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" - Al-Nasai dan Ibnu HibbanAlhamdulillah, segala puji kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.InsyaAllah,5 Februari 2012 nanti kita akan menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat. Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah dan penyelamat...

Wednesday, February 1, 2012

Khas untuk wanita

Empat Golongan di SyurgaNabi s.a.w. bersabda: Empat perempuan berada di syurga dan empat perempuan berada di neraka dan beliau menyebutkan diantara empat perempuan yang berada di syurga ialah:• Perempuan yg m’jg diri dr p’buatan haram lg b’bakti kpd Allah & suaminya• Perempuan yg byk keturunannya lg penyabar serta menerima dgn senang hati dgn keadaan yg serba kurang (dlm kehidupannya) b’sama suaminya• Perempuan yang bersifat pemalu. Jika suaminya pergi maka dia menjaga dirinya dan harta suaminya, dan jka suaminya datang maka ia mengekang mulutnya daripada perkataan yang tidak layak kepadanya.• Perempuan yg ditinggal mati oleh suaminya dan...

Tuesday, January 31, 2012

Law Kaana Bainana

Puisi Intro----------Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.Kami mohon pada-Mu...Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,Dari sudut hati kami yang paling dalam...Start-----Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlahdengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harumDan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan...

Friday, January 20, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamualaikum..Alhamdulillah sekarang kita sudah berada di 2012..hari ni 20/1/2012tp baru sekarang berkesempatan nak update blogheheal-maklumlah..busy dgn study bhai..hohoalhamdulillah.. final exam dah abis..harapnya inilah exam terakhir aku ambil kat UiTM..sem depan InsyaAllah akan praktikal sblm graduate..*sedang memikir masa depan, apa akan jadi dgn aku nih...

Pages 171234 »

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons