
Disiplin boleh difahamkan sebagai peraturan atau undang-undang, manakala kesungguhan adalah sebagai ketekunan dan ketaatan. Maksud ini pernah dibayangkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun" (Riwayat Al-Baihaqi)
Sejarah pernah membuktikan bahawa kejayaan junjungan Nabi kita Muhammad SAW dalam penyebaran Islam, kejayaan Saidina Abu Bakar memerangi orang-orang murtad dan orang-orang yang enggan membayar zakat, juga kejayaan khalifah-khalifah Umaiyah serta khalifah Abbasiah atau kegemilangan umat Islam kemudiannya disebabkan umat Islam...