Tuesday, July 19, 2011

muslim rural program - Part 3

Entry ketiga ini, sy ingin berkongsi pengalaman sy mengenai budaya bersukan di kalangan org cina. tdk dinafikan, org cina amat suka bersukan, kerana dgn cara bersukan akan dapat menyihatkan tunuh badan. semua golongan, tdk kira org tua, org muda, bahkan kanak2 kecil skali pun akan turut brsama dalam aktiviti ini.

setiap pg, seawal jam 6 pg (subuh jam 5 pg), tempat2 dataran akan dipenuhi oleh ribuan manusia, yg kebanyakannya sudah berumur. mereka akan berkumpul mengikut kumpulan masing2, dan akan memasang lagu opera cina dan salah seorg bertindak sebagai ketua akan mengepalai mengangkat kaki dan tangan mengikut alunan lagu dari radio itu. itulah dia, "Tai Chi". rentak mereka begitu lembut, dan mereka begitu gigih dan khusuk mengikut alunan tersebut, seperti seorg pendekar yg kemabukan.


jumlah mereka bukan sedikit, ini salah satu tempat drpd beribu2 tempat utk mereka melakukan senaman Tai Chi.

suasana seperti ini amat jarang ditemui di Malaysia. Mungkin di Malaysia terdapat persatuan atau NGO yg melakukan aktiviti senamrobik, tetapi mereka tdk melakukan secara berterusan setiap hari.

dan kami sungguh bertuah kerana terdapat sifu yg sudi mengajar kami.sungguh teruja. tp ianya tdk seindah seperti yg disangka, pd mata kasar kita dapat melihat pergerakan yg begitu lembut, tp sebenarnya amat sukar jika tiada daya tahan yg tinggi. memang amat malu jika hendak dibandingkan dgn pakcik2 dan makcik2 yg berterusan melakukan senaman ini selama satu jam tanpa henti, kami yg bersenam baru 10 minit dah rasa give up.



ini hasilnya apabila diri selalu dibiasakan dgn aktiviti ini sejak dari muda lg. walaupun sudah berumur, mereka masih bersemangat dan kuat lg.kalau di Malaysia, kebanyakn org yg sudah berusia 60 tahun keatas, jarang dpt melakukan kerja2 berat. situasi ini berbeza di china. kebanyakan jangka hayat mereka lebih panjang jika hendak dibandingkan dgn umur masyarakat malaysia.


percaya atau tidak, pakcik yg bernaju putih ini sudah berumur lebih 60 tahun.. amat suka berbasikal dan mendaki gunung.. yg makcik tu pulak tak tau umur baper.. dia lah yg mengajar kami tai chi...


tak tahulah gaya apa yg kami buat..nampak jer senang..huhu


pakcik berbaju hitam ini juga merupakan salah seorg pengajar kami..tak tahulah teknik apa yg dia ajar kami ni.. xie xie sifu!!

bukan sekadar tai chi saja senaman mereka pd pagi hari, kungfu juga ada. mcm dalam filem lakonan jackie chan. tp kungfu tak terbang lah.sebab xde tali yg mengangkat mereka.
steady abg ni.. walaupun sorang2 berlatih kungfu,tp gaya macam berlawan dgn 10 org..ada org cakap ini wushu, tp sy tak tahu lah, tak pandai nak bezakan antara wushu dengan kungfu..

kita tgk pula gaya tok guru yg mengajar kungfu ni.. walaupun dah tua, tp keperkasaan jelas terpancar dari aura tubuhnya. pakcik ini begitu disanjung dan dihormati oleh masyarakat setempat.

agak2 kungfu lawan silat, yg mana akan menang?

kalah menang buka persoalan, belajar seni pertahanan diri pd zaman sekarang tdk lebih daripada belajar seni dan warisan yg kian dilupakn ini,bukan utk pertahankn diri semata2.kalau silat lawan pistol sape yg menang??

sebab itulah warisan seni bersejarah ini perlu dijaga.turunkan ilmu kepahlawanan ini kepada anak2 sejak dari kecil lg,biarkan darah mereka mengalir dgn semangat kepahlawanan ini.tdk kira samada melayu atau cina. warisan ini perlu dijaga.

kita tgk pula budak comel ni. umur 5 tahun, tp sudah mahir berkungfu. awas, jgn cabar budak ini.

sudah selesai dia buat persembahan, berebut2 budak2 ni nak bergambar dgn pahlawan cilik ini.merah mukanya menahan sinaran flash dari kamera. kita saksikan aksi si cilik ini..


memang...waktu pagi di china amat meriah dgn aktiviti sukan. tdk kira dimana,apa jua skali pun, waktu pg mesti keluarkan peluh.ada juga golongan pertengahan yg melakukan 'tarian kipas' seperti ini. sy ingatkan mereka berlatih utk persembahan or wuteva, tp memang tiap2 pg mereka akan melakukan 'tarian kipas' ini.

sambil berjalan nak pergi kerja, sempat lg melukan senaman kaki.sambil menunggu bas di stesyen, badan akan bergerak ke kiri dan kanan utk bersenam.ada juga yg pergi kerja dgn berbasikal. sebahagian dari mereka berlari2 anak walaupun memakai sut tuxedo.begitu pentingnya bersenam bg mereka.

di tempat kerja pula, Bos akan memastikan pekerja2 bawahannya amat cergas.tdk lesu dan mengantuk di tempat kerja. sebelum start kerja, bos akan briefing tentang perjalanan tugas mereka pd hari itu, membaca ikrar dan terus melakukan senaman. rutin ini amat biasa dilakukan di cina. dan utk senaman pula, trdapat bnyk senaman yg blh dilakukan. samada tai chi, menari, main badminton atau takraw.

ini adalah senaman pagi, ataupun tarian yg dilakukan oleh pekerja restoren, bersama2 dgn kami semua.ini adalah rutin wajib bg mereka.restoren ini adalah restoren Muslim yg terbesar di Wei Nan City.

jikalau pagi hari aktiviti riadhah ini dipenuhi dgn org yg dah berusia, apa pula aktiviti anak2 muda? anak2 muda tak nampaklah pd waktu pagi. di mana mereka? pergi kerja atau kesekolah kot.. tapi pada waktu malam, tempat2 ini akan dipenuhi oleh anak2 muda pula..mereka juga turut bersukan..dan aktiviti yg paling famous bg kalangan anak2 muda ialah bermain badminton dan bola keranjang... dan 2 sukan ini jugalah yg mengangkat martabat China di muka dunia.

1 comments:

Zetty said...

balik ni, leh jadi guru tai chi lah..:)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons