Wednesday, July 13, 2011

Muslim Rural Program - Part 2

pada bahagian kedua ini, sy akan memaparkan mengenai makanan semasa berada di china. kali pertama smpai kat china, perkara pertama yg bermain di fikiran sy adalah bagaimana hendak mengisi perut, sebelum ni sy pernah dengar tentang masalah utk mencari makanan halal, dan makanan masakan org cina tdk sesuai dengan perut org melayu. Tp alhamdulillah, sy dapat juga memakan masakan diorg, walaupun tdk semua yg dpt sy rasa. dan restoren muslim dan makanan halal juga bnyk terdapat di sana, di Wei nan city susah ckit nak cari sebab org Islam tdk ramai sgt, tetapi semasa di Xi'an restoren org islam berada di kanan dan kiri jalan. Dan terdapat sebuah yg lorong bernama Muslim Street, yg mana banyak restoren muslim di situ.

Breakfast


Ini breakfast pada hari pertama. kami diberi makan Char Kuey yg bercampur dengan halia. dan asas makanan org cina memang bercampur dengan halia. apa2 makanan sekali pun. di sebelah kanan pula ialah roti yg berintikan daging. dan utk minuman, kami diberi sup.


ini juga makanan breakfast kami. yg dalam mangkuk itu adalah bubur beras, rasanya sangat tawar sebab org cina tdk suka masukkan gula dlm masakan. Roti pula (bukan Pau) sangat keras, dan perlu masukkan inti yg terdapat di atas meja itu kedalam roti tersebut. mulanya sy xdpt mkn roti ini, tp selepas beberapa hari roti ini telah menjadi kegemaran saya.

lunch

Utk makanan tengahari, terdapat banyak jenis lauk yg boleh dijadikan pilihan. bergantung kepada selera masing2. boleh juga makan nasi, tp nasi org cina agak melekit sikit (seperti pulut), dan boleh juga makan mee ataupun meehun. kadang2 mereka memasukkan roti keras yg telah dipotong kecil, dan di masukkan dlm sup, ataupun meehun sup. dan seperti biasa, sup ini juga dijadikan sebagai air minuman.


ini ialah daging, yg telah dipotong halus, dan dicampur dengan sayur dan sedikit cuka. agak sedap. selalunya sy letakkn daging ini dlm roti yg keras, dan makan seperti pau.


apakah ini? sy pun tak tahu. rasanya macam daging, tp dipotong bulat. nmpak macam liat, tp sebenarnya tak liat pun. sebenarnya semua makanan ni ada nama, tp sy lupa la. susah ckit nk hafal nama dlm bahasa cina ni.


ini pula bawang putih yg telah dijeruk. sekali je sy makan. first time makan, ingatkn bawang putih ni direbus ataupun dimasak dulu, rupa2nya bawang putih biasa saja. tp terpaksa telan juga, sebabnya nak jaga hati tuan kedai.huhu dan di sesetengah kedai, bawang putih ini diberi begitu saja, tanpa dijeruk dulu. dan org cina amat suka makan bawang putih ini.

dan utk makan petang juga, sama juga seperti makan tengahari. jikalau tengahari makan nasi, petang sy akn makan mee or roti.


kelihatan kami begitu berselera makan masakan org cina. walaupun seringkali tdk dapat menghabiskan makanan diorang.

pulut manis pun ada...


ini pula pulut manis, sy lupa nama dalam bahasa cina. sy amat suka pulut ini, harganya hanya 3 yuen (lebih kurang RM 1.50) sebungkus. sy suka sebab ianya manis, dan seperti yg sy btaw sebelum ni, nak cari makanan manis amat susah di cina. ada banyak jenis, yg jenis A ialah pulut yg berinti 'gula melaka cair', dan jenis B ialah beras pulut hitam. pulut ni hanya dijual kat sebuah warung je, dan warung ini sntiasa dipenuhi oleh kami semua. pernah satu hari sy breakfast dengan makan pulut ini je, walaupun terpaksa berjalan jauh dari hotel ke warung tersebut.

buah-buahan


setiap hari kami makan tembikai ataupun xi gua. sy dapat ingat namanya kerana setiap masa mesti nampak xi gua ni.sampaikan dah muak. tp memandang masa kami pergi adalah musim panas, xi gua ini amat famous kerana terdapat banyak air. manakala jikalau musim sejuk pula, org cina akan makan buah ceri. gambar di bahagian A ialah buah ceri, bahagian B ialah buah laici, dan bahagian C ialah tembikai, ataupun xi gua.

minuman



org cina sukakan air minuman yg panas. teh cina sangat terkenal di sana. perkara pertama mereka menyambut tetamu ialah menghidangkan teh cina.rasanya pahit, sebab hanya campurkan daun teh kering dengan air panas. dan utk air selepas mkn, mereka hanya minum sup. ais amat mustahil utk dijumpai. utk minuman sejuk (dalam ais) kami hanya beli air oren, coke, pepsi dan sebagainya. tetapi yg paling famous ialah air oren minute maid. kat malaysia sy jarang sekali minum air ni, tetapi di cina setiap masa air ini ada bersama sy. amat mudah dijumpai di kedai2. dan harganya juga murah (3 yuen utk botol kecil dan 6 yuen utk botol besar). tetapi sesetengah kedai menjualnya dengan harga yg mahal, sehingga mencecah 10 yuen. mungkin mereka ingin mengambil kesempatan ke atas foreigner seperti kami.

makanan yg paling best..

sebenarnya apa yg saya maksudkan ialah makanan yg sy tdk boleh makan semasa berada di cina. bukannya tdk halal, tetapi....



ini ialah daging lembu yg telah direbus dan biasanya ia diratah. tetapi sy tdk boleh makan, kerana kelihatan darah masih terdapat pd daging tersebut. walaupun tdk berbau seperti daging mentah, tetapi darah yg kelihatan itu telah meloyakan saya.


ini pula ialah kepala ayam. hanya sekali saja sy makan ayam semasa di china, iaitu pd malam pertama setelah sampai.tiba2 blh jumpa pulak kepala ayam ni. org cina memang masak ayam sekali dgn kepala, walaupun sem
belih ayam itu dengah kaedah islam. kuku kaki ayam juga tdk dipotong. anda blh makan?



walau apa2 pun. maggi merupakan makanan yg paling sedap. setiap malam setelah sampai hotel, sy pasti akan makan megi.walaupun tdk elok, tapi demi mengisi perut... dan ada juga sahabat2 yg bawak sambal daging..memang sedap..




ini ialah lauk terakhir yg kami makan sebelum balik malaysia.. hampir 2 minggu xjumpa ikan, akhirnya dapat makan juga sebelum balik.. =) udang pun sedap juga, amat rangup, dan blh makan sekali dengtan kulit.



mujurlah kat Sha Alam ada sebuah restoren cina yg halal.. restoren Cina Muslim Al-Munawarah.. di seksyen 9... jumpa di sana.. syukran =)

1 comments:

Zetty said...

nyum2..rasa nak cube makanan...tak belajar resepi..? tgk kepala ayam, teringat masa kat indon...diaorg pun style letak kepala ayam dlm pinggan jugak...:)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons