Tuesday, July 12, 2011

Muslim Rural Program - Part 1

assalamualaikum... apa khabar teman2 semua..alhamdulillah kita masih dikurniakan pelbagai nikmat yg diberikan oleh Allah SWT, dan memang tak terhitung jumlah nikmat yg telah diberikanNya. Cuma kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa beribadat kepadaNya sebagai tanda mensyukuri nikmat dariNya..

Alhamdulillah, sy baru saja kembali dari kembara di negeri china, memang banyak pengalaman yg sy dapat sepanjang 14 hari di sana. Program Vice Chancellor Special Project Rural Muslim Homestay anjuran Unit CITU UiTM, telah memberikan sy peluang utk berkongsi budaya dengan masyarakat di sana, terutamanaya hal yg berkaitan dgn agama Islam.

InsyaAllah sy akan bercerita mengenai pengalaman manis serta pahit bersama 23 sahabat yg lain, yg mana kami semua merupakan insan yg berjaya dalam temuduga pd awal tahun ini dan telah dipilih oleh Allah utk melihat kebesarannya di negara lain. Memang tdk pernah terlintas pada fikiran sy utk ke sana, ini semua merupakan rezeki dariNya. Alhamdulillah.

Objektif program ini ialah:
1.meningkatkan Kemahiran Insaniah Mahasiswa UiTM melalui pendedahan persekitaran global.

2.Memberikan pengalaman kepada bakal graduan UiTM untuk berkhidmat di peringkat antarabangsa.

3.Melatih mahasiswa dalam pengurusan berorganisasi dan membentuk nilai-nilai murni sebagai generasi yang bakal menerajui pucuk pimpinan dimasa hadapan.

4.Memberi pendedahan kepada mahasiswa UiTM tentang nilai budaya masyarakat China untuk diambil kira bagi memperteguh hubungan etnik di Malaysia.

Tempat yg telah kami lawati pula ialah di Wei Nan City, dan juga di bandaraya Xi'an.

utk bahagian yg pertama ini, sy akan sajikan anda semua dengan gambar2 sebahagian drpd masyarakat Islam di sana.










InsyaAllah pd bahagian seterusnya sy akan bercerita lanjut tentang pengalaman sy ini.

0 comments:

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons