Friday, August 19, 2011

Sungai Ruil in memory..

Pada 7 Ogos 2011 yg lalu, kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh bertempat di perkampungan orang asli, kampung sungai ruil, Cameron highland. Kejadian itu telah meragut 7 nyawa penduduk kampung tersebut. Kejadian yg telah berlaku itu amat memeranjatkan sy, kerana baru beberapa bulan sebelum itu kami (persatuan mahasiswa hadhari) mengadakan program khidmat masyarakat disitu. sebenarnya sudah dua kali kami mengadakan OPKIM di situ, kali pertama pada Ogos 2010 dan kali kedua pada Mei 2011 yg lalu.

Sementara punca kejadian yang melanda penempatan Orang Asli itu disiasat pihak berkuasa, terdapat spekulasi bahawa kerja membersih tanah dan kerja tanah berdekatan penempatan itu untuk pembangunan perumahan berkemungkinan menyumbang kepada bencana itu. Wallahu'alam. ini semua kerja tuhan. tp boleh jadi tangan2 manusia juga lah yg membinasakn ciptaan tuhan ini. yang dah berlaku kita jadikn iktibar, dan utk masa yg akn datang, manusia perlu beringat. boleh jadi ianya musibah, atau bala dari tuhan.

ini adalah laluan masuk ke kampung ini, dan kejadian tanah runtuh itu berlaku di laluan jalan masuk ini. jelas kelihatan bukit yg telah ditarah utk membgnkan kawasan perkmpungn ini.

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) mmaklumkn kpd pihak brkuasa dalam surat brtarikh 26 Mei 2011 brhubung kerja tanah secara besar2an untuk pmbangunn projek selepas menerima aduan drpd penduduk tempatan n pelancong yg berang dgn keadaan itu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) mngarahkan pihak kontraktor supaya mnjalankan kerja kawalan dan penstabilan cerun mmandangkan kwsn itu terdedah dan berpotensi terhakis. Persoalannya ialah adakah pmbangunan projek ini mnjadi pemangkin bencana di Kampung Sungai Ruil?

ini adalah permandangn perkampungan sungai ruil dari bahagian atas. suasananya amat nyaman dan hijau.sunggh tenang apabila melihat suasana begini. ditambah pula dgn penduduknya (kaum semai) yg begitu ramah dgn kami semua, walaupun sebahagian besar darpd jumlah penduduk di sini masih belum memeluk islam, walhal ada di antara mereka yg tiada pegangan agama pun.

sy dengar kemungkinan penduduk perkampungan ini akan dipindahkn, sebab kebarangkalian akan berlaku skali lagi tanah runtuh. dan pd waktu skrg penduduk kg.sungai ruil menetap sementara di brinchang.dan jikalau perancgn pemindahn ini berlaku, maknanya perkampungan ini akn tinggal nama saja. tiada lg rumah2 org asli yg kita lihat boleh dibina di lereng2 bukit.

inilah sebahagian rumah yg dibina di lereng2 bukit ini.sy berasa amat kagum dgn kesungguhan penduduk di sini yg terpaksa mengangkat barang2 yg berat ke atas bukit. sikap kerjasama di antara satu sama lain merupakan faktor utama utk melakukan kerja berat ini.

berikut merupakan sebahagian gambar2 semasa program OPKIM PMH selama 4 hari berada di situ.mungkin ini adalah program kami terakhir di situ. tetapi secara peribadi, sy berkeinginan utk pergi lg ke kampung ini.

ini adalah para peserta dan urusetia yg terlibat dgn program ini.

sy bersama Tok Batin (berbaju biru), ustaz Faizol (berkopiah putih). isteri dan anak tok batin, dan juga seorg penduduk kampung. Ustaz Faizol telah 10 tahun menjadi ustaz di situ, tetapi pada masa yg sama beliau kena jaga 30 buah kampung org asli yg berbeza,jd masanya di kampung ini amat terhad.

saya ingat lagi kata2 tok batin, dulu masa dia kecik2 dulu, suhu di perkampungan tersebut serendah 3 darjah celcius.sekarang suhunya sudah meningkat kepada 10 - 20 darjah celcius. tetapi suhu sekarang pun masih lg sejuk.

seperkara lagi, beliau turut menasihati sy agar mandi pada waktu pagi, walaupun suhu tersangat sejuk dan elakkn dari menggunakan pemanas air. bila kita mandi air sejuk pada waktu sejuk, badan kita akan jadi panas bila sudah mandi. sebaliknya bila kita mandi dgn air panas pd keadaan yg sejuk, ia akan menyebabkn badan kita bertambah sejuk dan akan memeningkn kepala.

ini pula gambar sy bersama tok imam kampung ni, iaitu imam sharif (berbaju biru), bilal Mansur(berbaju merah) dan bilal Lan. ini adalah sesi pengkongsian pengalaman mereka selama memeluk islam, di samping menceritakn cabaran2 yg terpaksa mereka tempuhi demi menyebarkn dan mempertahankan agama islam.

Imam Sharif merupakan org terawal yg memeluk islam di kampung ini, iaitu kira2 20 tahun yg lalu.beliau memeluk islam kerana ingin mencari ktenangan diri. Bilal mansur pula mempunyai kisah yg berbeza, yg mana beliau memeluk islam setelah bermimpikan tentang surga dan neraka. manakala imam lan merupakan adik kepada nilal mansur.

ini pula gambar kami semua di puncak bukit, kelihatan sebuah rumah yg terletak paling tinggi di situ. bnyk rumah di situ yg telah berubah dari binaan kayu kepada binaan batu. mungkin utk mendapat kestabilan, kerana setiap masa hujan akan turun dalam satu hari.seperti kata Imam Sharif, amat susah utk lihat matahari di kampung tersebut.kebanyakn rumah di situ juga dilengkapi dengan antena astro, menunjukkn mereka juga telah mengalami proses modenisasi.

Kelihatan pegawai pengiring, iaitu Ustaz Afiz bersama sahabat2 di belakang yg bergambar dalam kabus yg tebal. waktu ini pada waktu petang, sebelum hujan nak turun..


kelihatan para peserta program bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar, sambil dibantu oleh kanak2 org asli.anak2 org asli ini amat ringan tulang, dan tanpa disuruh mereka akn membantu kami semua, tanpa mengharapkn balasan pun..





inilah anak2 org asli.ketika ini kami mengadakn acara sukaneka.memang tak menang kami melayan karenah adik2 ni.mak ayah mereka juga turut membantu dan memberi kerjasamna dlm program yg kami buat ni.





ini pula ketika malam kebudayaan.dan kami bertuah kerana masyarakat org asli ini sudi menunjukkn 'tarian sewang' secara percuma kpd kami. dikhabarkn biasanya mereka akn mengenakn byran kepada sesiapa yg ingin melihat. para peserta juga tdk ketinggalan memberi persembahan teristimewa kepada mereka, seperti dikir barat, pentomen, lakonan dan nasyid.




KENANGAN ITU INDAH



inilah para pserta program bergambar kenang-kenangan bersama penduduk kampung orang asli, kampung sungai ruil.. sesungguhnya program mahabbah ini telah membenihkan secebis rasa kesyukuran kpd Allah SWT kerana telah membuka hati kami utk melihat kemesraan masyarakat disini, memang amat berbeza dengan tanggapan yg sy rasai sebelum datang ke sini.. KAMI DATANG KERANA UKHWAH



ayuh sahabat2,kita doakan agar penduduk di kampung orang asli ini tabah dengan dugaan yg menimpa mereka...

Wednesday, August 17, 2011

Muslim Rural Program - Part 5

entry kali ini akan memaparkan gambar2 semasa kami mendaki gunung Hua Shang..gambar je k..enjoy!

































































untuk melihat gambar,sila klik disini
dan juga di sini

Tuesday, August 16, 2011

muslim rural program - Kerana itu, Aku rindu

WEINAN,
seindah nama.. kehangatan ..keramahan saudara2ku disana masih lagi terngiang di minda.. terkenang kembali ayiee.. shushu.. mariaa.. sulaiman.. ahh,mereke sume aku rindu... ketibaan disambut dengan penuh senyuman . walaupun dapat kurasakan mereka pnt mnunggu dan mnyediakan juadah bg kami ,tiada langsung riak letih namun senyuman demi snyuman dihamparkan pada kami..

Ya Allah,ternyata ramai sebenarnya saudara2ku disana.. bahasa? Rupa?umur? semua tidak menjadi halangan bg mereka kerana keteguhan kepada kepercayaan bahawa ISLAM ITU BERSAUDARA amat jelas sekali.. mungkin juga kerana saudara seislam disana tidak ramai seperti di Malaysia.. mungkin boleh diumpamakan seperti kaum ansar(Chinese) menyambut kedatangan kaum muhajirin(malaysian) . mungkin tidak segah zaman Rasullullah S.A.W dahulu,namun cukup membuatkan aku terharu dengan layanan,semangat dan ikatan persaudaraan yang mereka zahirkan.. sedaya mampu walaupun tidak berduit, rumah juga mungkin tidak selesa ..mereka amat mesra ..sudah seperti ibu dan anak..

hari demi hari mengikat lagi jalinan kasih sayang antara kami semua.. namun setiap pertemuan pasti ada perpisahannya..detik yang tidak dapat dibayangkan kesedihannya,ada yang menangis sedih..ada juga sempat menahan air mata, dan ada juga cuba selindungi kesedihan mereka disebalik kaca mata hitam..tidak kira lelaki mahupun perempuan.. aku tahu mereka semua sedih.. kerana pengalaman ini luar biasa..kenangan ini mungkin tidak lagi mampu dimiliki ditempat laen.. mereka juga turut sedih.. ayie juga menangis ,syusyu?ak tahu dia juga sedih namun tidak sanggup mmbiarkan kami melihat linangan air matanya.. namun smpat juga sekilas ak dapat rasakan ada genangan air mata..ada juga yang menghantar kepulangan kami di airport.. ahh sungguh mulia hati dan budi pekerti mereka..

betul juga kata laoshi, msyrkt china mmpunyai attitude yang sangat baik dan sentiasa bersemangat dlm setiap perkara.. mereka akan mencuba sehabis baik.. teringat lagi aku kata2 laoshi,alangkah indahnya jika semua masyarakat China itu muslim.. alhamdulillah kini aku mengerti mengapa ada kata pujangga “tuntutlah ilmu hingga ke negeri China” .. wlupun seketika, ia dapat membuatkan kita semua berfikir.. akan bagaimana ilmu dan amaln kehidupan seharian kita di Malaysia sebagai muslim..

ternyata kadang-kadang aku sedih dengan diri sendiri kerana tidak banyak ilmu atau hadith atau ajaran2 islam yang dpt aku kongsikan bersama..mungkin sedikit,bg mereka sudah amat bermakna .. namun bg aku, ak melihat suatu pengharapan pada setiap kaca mata saudara seislam ku di sana .. mengharapkan bantuan dan sokongan penuh dari segala segi.. kefahaman ilmu agama,fasiliti dan sebagainya.. kini aku sedar, dengan segala kemudahan ,peluang dan ruang untuk mendalami agama dengan lebih baik di Malaysia tidak patut kita sia-siakan.. kerana Weinan tidak seperti kita, namun semangat mereka kuat.. jadi kita juga mesti kuat

Mari..kita muhasabah diri semula, adakah ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya? Saudara2ku, mungkin juga ini ramadhan terakhir kita.. siapa tahu?? Masih lagi tersisa ramadhon ini.. hargai setiap detik dan hayati kenikmatan dan hikmah disebaliknya.. mulakan dengan diri sendiri agar nanti kita bisa membantu saudara-saudara kita yang memerlukan sokongan dan bantuan kita..

Weinan, andai ada kesempatan .. ingin aku kembali ..

hasil nukilan ; NURLIANA JAAFAR

gambar 1; from yana
gambar 2; from syam
gambar 3; from aimy 1
gambar 4; from aimy 2
gambar 5; from aimy 3
gambar 6; from jaha 1
gambar 7; from jaha 2
gambar 8; from fitri
gambar 9; from isey
gambar 10; from fazli
gambar 11; from aisya 1
gambar 12; from aisya 2
gambar 13; from aisya 3
gambar 14; from aisya 4
gambar 15; from ramzi
gambar 16; from syafiq
gambar 17; from hajar
gambar 18; from fatin
gambar 19; from dayah
gambar 20; from fazrin 1
gambar 21; from fazrin 2

fuh..letih gile nak masukkan link gambar dari facebook diorang nih!!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons