Tuesday, January 31, 2012

Law Kaana Bainana

Puisi Intro
----------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.


Friday, January 20, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah sekarang kita sudah berada di 2012..

hari ni 20/1/2012

tp baru sekarang berkesempatan nak update blog

hehe

al-maklumlah..busy dgn study bhai..hoho

alhamdulillah.. final exam dah abis..

harapnya inilah exam terakhir aku ambil kat UiTM..

sem depan InsyaAllah akan praktikal sblm graduate..

*sedang memikir masa depan, apa akan jadi dgn aku nih...

Sunday, December 4, 2011

gambar dari negeri jelapang padi

ini sebahagian gambar yg aku ambil, ketika dalam perjalanan ke Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.. perjalanan selama 8 jam dengan menaiki Toyota Wish dengan kelajuan 120 km/j (purata).

semua gambar ini di snap dalam kereta..

kamera yg digunakan ialah Nikon D3100

















maaflah gambar yg saya ambil xdelah cantik sangat..huhu (baru nak belajar).

Tuesday, November 15, 2011

raya di perantauan

salam semua.maaf sebab lama tdk mengupdate blog ini. kesibukan memanjang pada semester ini. InsyaAllah sem ni sem terakhir sy blajar di UiTM, sem dpn practikal sebelum training. InsyaAllah kalau ada kelapangan masa sy akan cuba mengisi blog ini semula..

nway, terimalah sebuah video HARI RAYA AIDILADHA, lakonan pimpinan PMH.. maaf jika lakonan tdk menghiburkan, sebab kami ni pelajar, bukan pelakon=)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons