Tuesday, August 16, 2011

Muslim Rural Program - Part 4

kali ni sy akan kembali menceritakan pengalaman semasa berada di China. utk entry ke-4 ini, sy akan memaparkn gambar2 semasa melawat ke Weinan Teacher's University, yg merupakan sebuah universiti perguruan yg terbesar di Weinan City.

Alhamdulillah selama lebih kurang 2 jam berada di Universiti tersebut, kami di temani oleh beberapa pelajar dari universiti tersebut, mereka sungguh mesra dan dapat berkomunikasi dlm bahasa inggeris dgn baik, dan ini lebih memudahkn pergerakan kami.


memorial seperti patung ini bnyk terdapat di sepanjang jalan di universiti ini. patung2 yg diukir seperti tokoh2 terkenal ini dijadikan inspirasi oleh pelajar di situ.


begitu unik simbol tugu kecemerlangan ini. di UiTM Shah Alam juga terdapat tugu kecemerlangan di hadapan bangunan Cancelori.


Dataran di hadapan bangunan pentadbiran. sungguh luas. keadaan di universiti ini juga rata, tiada tanah berbukit-bukit seperti kebanykn universiti di Malaysia. mungkin kawasan yg luas ini dijadikn tempat perhimpunan pagi, seperti kat sekolah dulu.hehe


ini pula bangunan utama universiti ini. apabila tiba hari graduasi, pelajar-pelajar akan bergambar di tangga kat depan bangunan tu. kat malaysia jarang tgk graduan bergmbr seperti tu. jumlah keseluruhan pelajar di universiti ini adalah seramai 20 ribu, dan mereka semua tinggal di hostel. so anda boleh bayangkan betapa besar kawasan universiti ini. dan para plajar juga tdk dibenarkn membawa kenderaan, kecuali bsikal sahaja. xkisahlah samada anak menteri or pembesar, penguatkuasaan ini diwajibkan ke atas semua pelar, tanpa mengira status.


salah satu tempat yg menarik, sebuah taman yg terdapat di universiti ini. malangnya sewaktu kami pergi pd musim bunga. so bayangkn kalau musim bunga, pasti bertambah cantik!


ini pula stadium universiti ini. prasana yg begitu lengkap.negara china merupakan sebuah negara yg menitikberatkan acara sukan ini.


xtau bangunan apa ni.mungkin merupan bangunan akademik, ataupun fakulti pendidikan..


tasik yg begitu tenang air nya. ramai pelajar-pelajar ke sini utk study, dan ada juga yg dating, hehe


kami semua berpeluang utk merasai bermain bola keranjang di situ.court bola keranjang yg begitu besar di situ dipenuhi oleh para pelajar yg suka bersukan.


ping pong. org china adalah juara dunia dlm acara ini.


kami semua bergambar kenang-kenangan dengan beberapa pelajar di situ. bergambar di hadapan bangunan utama.

utk mengetahui lebih lanjut mengenai universiti ini, sila klik disini.
dan utk lihat gambar lg, klik kat sini pulak.
sekian.

kenali Pimpinan PMH


PIMPINAN PMH SESI 2011/2012



MAJLIS TERTINGGI

Presiden
Amzar Mohamad
(012-9888945)

Timbalan Presiden 1
Khairul Fendy Yaakop
(013-2911271)

Timbalan Presiden 2
Nur Hidayah Ismail
(019-9433853)

Setiausaha Agung
Badrul Mohd Nor
(013-9995135)

Timbalan Setiausaha Agung
Nur Nabilah Bt Azman
(010-9778949)

Bendahari Kehormat
Nur Ain Bt Zulkifli
(014-8408155)

Timbalan Bendahari Kehormat
Naseha Bt Khairudin
(013-5923257)


EXCO-EXCO

Exco Latihan dan Kepimpinan
Amran bin Bacho (019-5290830)
Siti Khadijah binti Kamarsuddin (019-7466343)

Exco Kebajikan, Akademik dan Integrasi Masyarakat
Hafizuddin bin Bukhari (013-5856156)
Fakhitah binti Heri (019-4490875)

Exco Keusahawanan
Mohamad Hasrul hamimie bt Abd Hadi (013-9794623)
Aisyah bt Abd Razak (013-9489764)

Exco Bimbingan dan Kaunseling
Muhammad ‘Izzuddin Jaafar (014-8276369)
Nur Hidayah Ishak (013-9408632)

Exco Perhubungan dan Perantarabangsaan
Muhammad Munzir bin mohd Khalid (013-4619096)
Nur Hidayah Yahaya (019-6412575)

Exco Publisiti dan Multimedia
Muhammad Haikal bin Mohamad Bohari (019-3789284)
Nur ‘Afifah Ghazali (013-4060093)

Tuesday, August 9, 2011

hakikat neraka

Neraka adalah tempat yg disediakan Allah bg org2 kafir, iaitu org2 yg menentang syariat Allah dan mengingkari rasulullah. Neraka merupakan tempat seksa allah terhadap musuh-musuhNya dan penjara bagi mereka yg berbuat dosa.

Tempat ini adalah suatu kehinaan dan kerugian yg tiada tara, yg tiada lagi kehinaan dan kerugian lain setelah ini.
Dengan jelas ianya digambarkan melalui ayat Allah yg bermaksud; “Ya Tuhan kami, sesungguhnya barang siapa yang Engkau masukkan kedalam neraka, maka sungguh Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yg zalim seorang penolong pun” (Ali imran:192).

Semua pembangkangan kaum kafir akan ditanyakan dengan tegas, mengapa mereka memilih kemusyrikan daripada iman: “Maka sembahlah olehmu (hai orang-orang musyrik) apa yg kamu kehendaki selain Dia. Katakanlah: “Sesungguhnya org2 yg rugi ialah org2 yg merugikan diri mereka sendiri dan keluarganya pada hari kiamat.” Ingatlah yg demikian itu adalah kerugian yg nyata.” (Az-Zumar:15).

Monday, August 1, 2011

memaknai sebuah Ramadhan

Tak terasa, ramadhan telah kembali menyapa kita. Seakan baru saja ia kita tinggalkan, dengan beragam kekurangan dan kealpaan untuk mengisinya, kini ia datang kembali. Pertanyaan yang mungkin menghinggapi setiap kita adalah, apakah yang hendak kita lakukan di ramadhan ini, apakah kita hendak mengulang kekurangan-kekurangan kita di bulan ramadhan yang lalu, dan bagaimana kita memacu ibadah kita di bulan mulia ini.

Tahun lalu bacaan qur'an kita mungkin tak habis dikhatamkan, shalat tarawih kita masih sangkut-sangkut, amalan sunnah kita banyak yang tertinggal dan .........banyak lagi yang belum diperbuat ataupun dilalaikan.

Pertanyaan-pertanyaan di atas tentu saja merupakan sebahagian dari muhasabah seorang muslim ke arah yang lebih baik dalam menghidupkan roh agama dalam diri masing-masing. Demikian pula dalam hal puasa ramadhan, oleh kerana Allah menjadi satu-satunya tujuan dan matlamat kita, maka menjadi kemestian untuk menjadikannya sebagai keutamaan dalam setiap aktiviti yang dibuat pada bulan ramadhan.



Ramadhan yang sarat dengan janji pahala dan ampunan adalah sebuah peluang yang tak sepatutnya untuk disia-siakan begitu saja. Ibarat seorang peniaga yang mengetahui adanya masa untuk mengambil untung yang luar biasa, maka seorang muslim pun akan berlumba untuk meraih untung yang luar biasa . Ia akan memilih dan menilai pula mana barang-barang dagangan yang akan memberikan untung besar ketika ia dijual, dengan demikian seorang muslim akan menumpukan perhatian untuk mengetahui mana aktiviti atau amalan positif yang akan menyebabkan perolehan pahala yang banyak.

Sebagai seorang muslim ada beberapa aktiviti yang mesti menjadi keutamaan di dalam meniti bulan ramadhan diantaranya :

1.Memperbanyak sedekah merupakan sebuah aktiviti yang mulia.

Di bulan ramadhan amalan yang satu ini perlu untuk dipacu, sesuai dengan hadits Nabi shallallahu alaihi wa sallam

"Rasulullah pernah ditanya sedekah apakah yang paling utama ? Beliau menjawab seutama-utamanya sedekah adalah sedekah yang dilakukan di bulan ramadhan"
(HR. Tirmidzi , baihaqi, dan Ibnu khuzaimah )



Bahkan nabi sendiri terkenal sebagai orang yang sangat dermawan terlebih-lebih pada bulan ramadhan.

"Sesungguhnya Rasulullah itu lebih pemurah dibandingkan dengan angin berhembus. Dan terutama lagi di bulan ramadhan"
(HR. Tirmidzi dalam syamail Muhammadiyah)

2.Solat malam berjemaah (tarawih)



Berkaitan dengan shalat malam secara berjamaah ini rasul kita menyatakan

"Barangsiapa yang shalat malam bersama imam hingga selesai shalatnya, akan dituliskan baginya pahala shalat sepenuh malam untuknya"
(HR Abu Dawud, Tirmidzi, dan Ibn Majah)

Hadits ini memberitakan tentang keutamaan shalat malam secara berjamaah di bulan ramadhan melebihi shalat malam sendirian yang panjang.

3.Membaca Al Quran.

Nabi kita memperbanyak bacaan Al-qurannya di bulan ramadhan, sementara malaikat jibril menyemak bacaan beliau, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh bukhari. Al Quran yang diturunkan berfungsi sebagai syifa (obat) dan hudan (petunjuk) bagi orang beriman sangat penting untuk kita hayati. Maka ramadhan adalah waktu yang tepat untuk memulai menghayati Al Quran. Buatkan waktu khusus untuk membacanya di antara kesibukan aktiviti kita yang lain. Dan jangan lupa pelajari pula kandungan isinya dengan tafsir-tafsir yang ada (seperti tafsir ibnu katsiir, tafsir at-tabari, adwaul bayan dan kitab tafsir lain yang ditulis oleh para ulama). Disamping itu praktikkan dalam kehidupan kita sehari-hari.

4.I'tikaf.

I'tikaf bererti menetap di masjid untuk beribadah kepada Allah Ta'ala. Nabi kita Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam selalu melakukan aktiviti ibadah ini pada 10 hari yang terakhir di bulan ramadhan hingga wafat beliau. Sebuah hadits tentang i'tikaf ini diriwayatkan oleh Abu hurairah Nabi dahulu beri'tikaf setiap bulan ramadhan selama sepuluh hari . Namun pada tahun dimana beliau wafat, beliau beri'tikaf selama dua puluh hari (H.R. AL Bukhari).

Sunah ini pun dilaksanakan juga oleh isteri-isteri nabi dan tentu inipun sunnah bagi muslimah, asalkan masih dalam batasan syari'at dan terhindar dari fitnah.

5.Mengerjakan umrah ke (baitullah) masjidil haram

Hal ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Bukhari:

"Sesungguhnya ganjaran umrah di bulan ramadhan, sama dengan ganjaran melaksanakan haji bersamaku".

6.Memperbanyakkan amalan-amalan akhirat

Beragam amalan kebajikan perlu untuk dikembangkan, dan disuburkan di bulan ramadhan. Contoh beberapa amalan yang sebaiknya diamalkan di bulan ramadhan adalah, berdo'a, istighfar, mempereratkan silaturrahim, bertasbih dan setiap amalan yang telah dikenal sebagai amal kebajikan, samada yang berkaitan dengan individu atau kemasyarakatan. Inilah beberapa aktiviti yang boleh kita kita jadikan keutamaan untuk memaknai ibadah ramadhan kita.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons